Share on Facebook

PORT DICKSON, Seramai 200 murid yang akan memulakan sesi persekolahan Darjah 1 dari 10 buah sekolah rendah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi, menerima sumbangan kelengkapan sekolah daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) sempena program ‘Kembali Ke Sekolah’.

Pengurus Besar Perkhidmatan Pengguna TNB Negeri Sembilan Ir Wan Ishak Soed berkata program ini merupakan sebahagian inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat utiliti yang dijadikan tradisi tahunan dalam usaha memenuhi keperluan anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan.

“Setiap pelajar akan menerima sepasang pakaian seragam, beg, stoking dan kasut menerusi pengagihan bantuan dengan kos keseluruhan berjumlah kira-kira RM40,000,” dipetik sebagai berkata.

Sumbangan kelengkapan sekolah itu disampaikan oleh ADUN Linggi Datuk Abdul Rahman Mohd Redza.

Abdul Rahman berkata pihaknya berterima kasih kepada TNB yang memberi bantuan itu.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *