Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > TNB Belanja 2juta Untuk Program “Back To School”

TNB Belanja 2juta Untuk Program “Back To School”

KUALA LUMPUR, Tenaga Nasional Berhad (TNB) membelanjakan RM2 juta khusus bagi menyalurkan bantuan kelengkapan persekolahan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah daripada keluarga kurang berkemampuan di seluruh negara.

Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB Datuk Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata menerusi program ‘Kembali ke Sekolah’ itu 10,000 murid terpilih dari 50 daerah di seluruh negara menerima sumbangan berkenaan.

“Sejak program itu diperkenalkan pada 2013, 12,000 pelajar daripada 800 sekolah telah mendapat manfaatnya.

Hari ini 200 pelajar sekolah rendah daripada keluarga kurang berkemampuan dalam Parlimen Arau menerima bantuan di Pusat Khidmat Kubang Gajah ini,” dipetik sebagai berkata.

Beliau berkata pihaknya memahami kekangan kewangan dihadapi golongan itu dalam membuat persiapan persekolah terutama mereka yang mempunyai ramai anak.

Katanya pelajar terpilih menerima set kelengkapan sekolah bernilai RM200 setiap seorang yang mengandungi sepasang pakaian seragam, kasut, stoking, beg serta alat tulis.

Leave a Reply

Top