Anda di sini!
Utama > Terkini > Timbalan Presiden Tidak Rasmi Mesyuarat Sayap Pada PAU 2015

Timbalan Presiden Tidak Rasmi Mesyuarat Sayap Pada PAU 2015

mh online

Tidak seperti kelaziman pada setiap Perhimpunan Agung UMNO (PAU), Timbalan Presiden UMNO kali ini tidak akan merasmikan mesyuarat perwakilan ketiga-tiga sayap parti – Wanita, Pemuda dan Puteri – yang dijadualkan berlangsung bulan depan.

Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Selasa memutuskan bahawa ketiga-tiga mesyuarat itu akan dirasmikan oleh ketua pergerakan masing-masing.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO berkata keputusan itu dibuat berikutan cadangan daripada semua sayap berkenaan.

“Perasmian berasingan. Ini diputuskan hasil cadangan sayap masing-masing, mereka bawa dalam mesyuarat. Itulah kehendak mereka, dan kita menghormatinya,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di Bilik Jawatankuasa 2, Bangunan Sementara Parlimen di sini Selasa.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top