Share on Facebook

KUALA LUMPUR, Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) bagi permohonan visa umrah yang dibatalkan sehari selepas dilancarkan minggu lalu, tidak mempunyai unsur rasuah dan salah laku.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki, berkata program IMAMS lebih menjurus kepada masalah berkaitan pentadbiran kerajaan.

“Tiada aduan berhubung kesalahan rasuah atau salah guna kuasa diterima setakat ini.

“Ini adalah masalah pentadbiran kerajaan yang setakat ini tidak mengandungi unsur atau elemen rasuah,” dipetik sebagai berkata.

Mengenai kelemahan dilihat SPRM berhubung pembangunan IMAMS, Azam enggan mengulas lanjut kerana masih menerima maklumat sepenuhnya.

Sabtu lalu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan membatalkan pelaksanaan IMAMS selepas dilancarkan sehari sebelumnya, susulan maklum balas orang ramai dan pengendali pakej umrah berhubung sistem terbabit.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, turut mendedahkan Kabinet tidak dimaklumkan IMAMS dikendalikan syarikat swasta bagi menangani unsur penipuan dalam tawaran pakej umrah.

Beliau dilaporkan berkata, sistem yang dibentang kepada Kabinet tidak menerangkan mengenai pelantikan syarikat tertentu atau akan dilaksanakan menerusi konsep penyumberan luar.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *