Anda di sini!
Utama > Terkini > Tiada Peruntukan DANA Khas Glc,Syarikat Kerajaan Kepada Parti Politik

Tiada Peruntukan DANA Khas Glc,Syarikat Kerajaan Kepada Parti Politik

mh online

Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat milik kerajaan melalui Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) tidak memperuntukkan dana tahunan khusus untuk sumbangan kepada ahli politik atau parti politik.

Kementerian Kewangan menjelaskan sekiranya terdapat permohonan sumbangan daripada pihak berkenaan, ia akan dikendalikan seperti permohonan sumbangan kewangan daripada pertubuhan bukan kerajaan lain, berdasarkan keperluan organisasi berkenaan dan ketersediaan baki peruntukan belanjawan untuk pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu semasa permohonan diterima.

Menurut kementerian itu lagi, jumlah sumbangan bagi sesuatu tahun adalah bergantung kepada jumlah permohonan yang diterima dan keupayaan kewangan syarikat untuk menyediakan peruntukan bagi projek CSR.

“Sumbangan yang disalurkan melalui ahli politik atau parti politik tersebut bertujuan untuk membiayai pelaksanaan aktiviti atau projek tertentu, seperti bantuan kepada mangsa banjir, sukan sekolah, sumbangan kepada anak yatim, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU),” menurut kementerian itu.

Kementerian Kewangan berkata demikian dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan Tan Sri Khalid Ibrahim (BEBAS-Bandar Tun Razak) yang ingin tahu jumlah dana daripada GLC yang telah disumbangkan kepada ahli politik atau parti politik sejak 1981 hingga 2014.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top