Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Tiada Perubahan Pengeluaran KWSP

Tiada Perubahan Pengeluaran KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih belum menerima sebarang cadangan daripada kerajaan untuk mewujudkan semula kemudahan pengeluaran untuk membeli komputer.

Oleh itu, tiada penambahan baru diwujudkan selain kemudahan pengeluaran KWSP yang sedia ada, menurut KWSP dalam satu kenyataan bagi menjelaskan beberapa laporan berita yang memetik kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Lee Chee Leong berkenaan cadangan mewujudkan semula kemudahan pengeluaran itu.

Skim Pengeluaran Pembelian Komputer (SPPK) yang mula diperkenalkan pada 2001, terpaksa diberhentikan setahun kemudiannya, pada Ogos 2002, berikutan beberapa kes penyalahgunaan apabila pengeluaran yang dibuat pada masa itu tidak digunakan untuk pembelian komputer.

“KWSP ingin menegaskan bahawa simpanan KWSP adalah untuk membiayai persaraan ahli dan kemudahan pengeluaran pra-persaraan diwujudkan untuk keperluan asas seperti membeli rumah, membiayai kos perubatan dan pendidikan,” katanya.

Leave a Reply

Top