Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Tiada Nama Besar,Maharaja Lawak Mega Tetap Menyengat

Tiada Nama Besar,Maharaja Lawak Mega Tetap Menyengat

mh online

image

Oleh: Fansyuri

Semalam berlansungnya pembukaan rasmi pentas Maharaja Lawak Mega 2016,bertempat di Royal Teater Shah Alam.

Dengan mengangkat tema agen penyiasat, persembahan pembukaan amat menarik sekali dengan enam belas penari berpakaian ala “Kingsman The Secret Service” di serikan pula dengan persembahan mantap oleh Indah dari Akademi Fantasia,membuatkan penonton merasa seperti sebuah pementasan teater agen penyiasat.

image

Tatarias pentas juga menggunakan unsur-unsur “kingsman”,untuk keseluruhan tidak keterlaluan saya katakan,persembahan pembukaan Maharaja Lawak Mega 2016 sangat mantap.

Untuk musim kelima ini,Dato’Ac Mizal masih dikekal sebagai pengacara,Ziana Zain,Bunga Citra Lestari,Najip Ali serta Shaheizy Sam sebagai Juri tetap.

Program ini akan bersiaran selama empat belas minggu dan membariskan lima belas peserta yang terdiri daripada LOL,Cham,Joras,Bocey,Awok,Bora,BOS,Enjen,Shake,Chilok,Saywho,Xola,Putej dan dua peserta solo Reza Mukmin dan Kavin Jay.

image

Untuk minggu pertama, persembahan rata-rata peserta tidaklah mengecewakan cuma ada beberapa peserta yang dilihat gemuruh mungkin pertama kali muncul di tv dan program hebat seperti pentas Maharaja Lawak Mega ini.

Cuma,pentas kali ini agak suram sedikit dengan ketiadaan nama-nama besar seperti Sepahtu,Jozan ,Nabil,Jihan serta Pak Yus.Namun pihak astro mengetengahkan bakat-bakat baru yang juga berbakat besar dan mampu mengeletek penonton dengan telatah lawak mereka setiap minggu.

image

Persembahan Ezad lazim yang muncul buat pertama kali di pentas Maharaja Lawak Mega bersama kumpulan BOS tidak mengecewakan penonton dan mendapat pujian juri.

Joras yang mengabungkan Shuk,Rahim dan joey mendapat pujian dari Ziana Zain yang ketawa terbahak-bahak terutamanya telatah “selamber” Shuk dan joey.

Untuk minggu pertama persembahan dengan tema bebas dan diumumkan oleh ketua juri (Ziana Zain) bahawa tiada penyingkiran.

Keseluruhan untuk minggu pertama persembahan peserta tidak mengecewakan penonton.

Untuk musim kelima Maharaja Lawak Mega menawarkan RM500,000 kepada juara,RM 250,000 naib juara,150,000 ketiga,RM50,000 tempat keempat dan RM15,000 untuk tempat kelima,
Oppo Smartphone masih merupakan penaja utama untuk musim ini.

Leave a Reply

Top