Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Tiada Larangan Liputan Program PM Terhadap Media Dalam Talian – Azalina

Tiada Larangan Liputan Program PM Terhadap Media Dalam Talian – Azalina

mh online

Pejabat Perdana Menteri tidak mengenakan sebarang larangan terhadap media dalam talian untuk membuat liputan program Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, berkata namun begitu ada ketikanya Pejabat Perdana Menteri mengehadkan jumlah wakil media yang membuat liputan program perdana menteri atas sebab tertentu.

“Ini termasuklah kerana tempat majlis yang terhad, faktor keselamatan dan memastikan laporan berita yang lebih fokus,” katanya menjawab pertanyaan Teo Nie Ching (DAP-Kulai).

Teo ingin tahu sama ada Pejabat Perdana Menteri melarang media-media dalam talian seperti Malaysiakini, The Malaysian Insider, Malay Mail Online untuk membuat liputan aktiviti Perdana Menteri walaupun mereka mempunyai permit media yang sah.

Leave a Reply

Top