Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Tiada Kompromi Penjawat Awam Terlibat Anasir Negatif – Cuepacs

Tiada Kompromi Penjawat Awam Terlibat Anasir Negatif – Cuepacs

mh online

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tidak akan berkrompomi dengan penjawat awam yang terlibat dalam anasir negatif termasuk menyertai kumpulan pengganas DAESH.

Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata pihaknya sering memberi amaran dan peringatan kepada penjawat awam agar sentiasa menjaga rahsia kerajaan dan tidak terpengaruh dengan mana-mana pihak.

Katanya sebelum ini ada dalam kalangan penjawat awam sanggup meninggalkan jawatan dan kerjaya berikutan terpengaruh dan taksub dengan anasir luar.

“Kami harap tidak ada lagi penjawat awam terpengaruh dengan janji, slogan yang dibawa sesetengah pihak berkaitan agama dan mazhab yang boleh merosakkan kehidupan mereka sendiri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya penjawat awam perlu menampilkan perkara positif kerana jika mereka melakukan kesalahan akan menimbulkan persepsi buruk terhadap sektor awam.

“Dalam dunia tanpa sempadan hari ini, maklumat boleh terlepas daripada kawalan kita begitu cepat namun kita kena fikir bahawa apa yang kita buat ini (sebarkan maklumat rahsia kerajaan) akan memberi kesan kepada anak cucu kita yang tidak berdosa,” katanya.

Leave a Reply

Top