Anda di sini!
Utama > Kolumnis > Tiada Kesan Kepada UMNO Jika Muhyiddin Dipecat

Tiada Kesan Kepada UMNO Jika Muhyiddin Dipecat

mh online

Email Pembaca
Nasrul Haq
Perak

Sejak di gantung jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO pada jumaat lalu pelbagai reaksi netizen terhadap UMNO dan Najib Razak, yang hampir kesemuanya mengkritik dan memberikan peringatan kepada UMNO kerana menggantung jawatan seorang Timbalan Presiden.

Sebelum dibentangkan di mesyuarat MT jumaat lalu agar Muhyiddin digantung tugas, sebenarnya sudah beberapa kali perkara ini dibincangkan didalam mesyuarat MT kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa, Muhyiddin Yasin sudah diberikan peringatan dan peluang oleh ahli MT untuk tidak meneruskan langkah beliau menyerang Presiden UMNO.

Namun sekali lagi Muhyiddin dalam satu majlis di Negeri Sembilan seminggu lalu terus-terusan mengkritik Presiden dan mendakwa beliau dipinggirkan sebagai seorang Timbalan Presiden, dakwaannya kali ini sangat berat apatah lagi segala yang beliau persoalkan sudah AG jelaskan.

Mengikut tulisan Muhyiddin di Facebook beliau sejurus selepas pengantungannya, beliau mendakwa telah ditunjukkan segala bukti wang itu sebenarnya dari SRC Internasional dan bukan dari arab saudi, ini bermakna Muhyiddin berpakat dengan Ghani Patail yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Peguam Negara untuk mengulingkan Najib Razak dalam senyap.

Muhyiddin berpakat dengan Tun Mahathir, Shafie Apdal, Mukhriz, dan Ghani Patail dalam senyap untuk mendakwa Najib Razak atas apa yang berlaku, jelas sekali Muhyiddin wajar dipecat dari kerajaan dan UMNO kerana merancang sebuah konspirasi untuk menggulingkan Presiden.

Jika ditelusuri sejarah Muhyiddin Yasin didalam UMNO, beliau bukanlah seorang pemimpin hebat dan mempunyai pengikut yang ramai seperti mana Zahid Hamidi yang merupakan bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang sudah tentulah jaringannya didalam UMNO sangat padu, berbeza dengan Muhyiddin Yasin yang terhad di Johor sahaja ditambah pula dengan imej beliau yang tidak mesra dan selalu masam mencuka sangat berbeza dengan Najib Razak dan Zahid Hamidi, mungkin atas sebab itulah bila dipecat mahupun digantung dari jawatannya tiada gelombang besar yang berlaku didalam UMNO.

Ahli-ahli UMNO dilihat tidak menyebelahi beliau, ahli UMNO lebih setia kepada perjuangan dari setia kepada pemimpin.

Kepada Muhyiddin Yassin, saya nasihatkan bertabahlah muhasabah diri, perbetulkan kesilapan diri dan jika beliau rasa cukup sokongan akar umbi kepada beliau, pada pemilihan yang akan datang bertandinglah kita tengok sejauh mana beliau dapat diterima oleh ahli-ahli UMNO seluruh negara.

Jangan hanya bising di tepi jalan, bila dipanggil datang mesyuarat tidak mahu datang membela diri pula, ada juga benar kata-kata Nazri Aziz kepada beliau minggu lalu.

Leave a Reply

Top