Anda di sini!
Utama > Terkini > ‘Tiada Istilah Putus Asa’ Jadi Pegangan Pekdakwah Orang Asli

‘Tiada Istilah Putus Asa’ Jadi Pegangan Pekdakwah Orang Asli

mh online

Tiada istilah putus asa’ menjadi pegangan Wan Masindra Juja yang dipilih sebagai penerima Anugerah Pendakwah bersempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Perak hari ini.

Wan Masindra, 34, berketurunan suku Temiang dari Kampung Kenang Baru, Sungai Siput yang memeluk Islam lebih 20 tahun lepas telah memulakan kegiatan berdakwah sejak 10 tahun lepas.

Beliau yang kini berkhidmat sebagai pendakwah di Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Kangsar berkata tiada istilah putus asa dalam perjuangannya untuk membantu masyarakat Orang Asli mendalami agama Islam.

“Tidak dinafikan, saya menghadapi pelbagai dugaan dalam menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat Orang Asli kerana tidak semua dapat menerima apa yang saya lakukan.

“Selain itu, sumber kewangan yang terhad menyebabkan pergerakan berdakwah juga agak terbatas. Namun, itu tidak menjadi penghalang buat saya yang ingin membantu mereka mendalami ilmu Islam,” katanya kepada pemberita selepas menerima anugerah itu pada majlis sambutan Maulidur Rasul yang dirasmikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Pusat Konvensyen Aman Jaya di sini Khamis.

Wan Masindra menerima wang tunai RM3,000 dan sijil penghargaan.

Beliau berkata Pejabat Agama Islam Negeri Perak banyak memberi panduan dan tunjuk ajar kepadanya dalam menjalankan kegiatan berdakwah.

“Saya mengadakan kelas pengajian agama Islam untuk mereka setiap minggu selain menghadiri jemputan untuk berceramah di kawasan penempatan Orang Asli,” katanya.

Lima lagi penerima anugerah ialah Arip Sa’aya bagi Anugerah Keluarga Mithali, Sarkowi Salleh (Anugerah Imam); Ramli Yeop Men (Anugerah Bilal); Ramli Sharif (Anugerah Siak) dan Ayob Endut (Anugerah Pegawai Penguat Kuasa Agama).

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top