Anda di sini!
Utama > Nasional > Tiada Dana 1MDB Masuk Ke Akaun PM

Tiada Dana 1MDB Masuk Ke Akaun PM

1Malaysia Development Bhd (1MDB) menegaskan bahawa syarikat milik kerajaan itu tidak membayar sebarang dana kepada akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam kenyataan hari ini, 1MDB berkata, susulan siasatan yang menyeluruh, ini telah disokong oleh pelbagai pihak berkuasa, yang telah mengesahkan bahawa dana ini dari Arab Saudi.

Katanya walaupun demikian, Wall Street Journal terus mengulangi dakwaan yang sama, tanpa memberi sebarang bukti kukuh untuk mewajarkan dakwaan tersebut.

“Kami mempersoalkan masa serangan baharu ini, timbul hanya beberapa hari selepas 1MDB mengumumkan ia berjaya menyelesaikan penjualan saham dan perjanjian pembelian untuk Edra Global Energy Bhd,” katanya.

Selain itu, 1MDB mengesahkan hasratnya untuk membayar balik hutangnya sebanyak RM6 bilion dalam beberapa minggu akan datang, yang membawa kepada semua hutang jangka pendek dikeluarkan daripada lembaran imbangan syarikat itu, katanya.

“Langkah ini mencerminkan kejayaan besar 1MDB melalui pelan rasionalisasinya, dan kami kekal komited untuk memastikan proses ini selesai walaupun serangan berulang terhadap syarikat,” katanya.

Leave a Reply

Top