Theresa May akan meneruskan khidmat sebagai Perdana Menteri Britain atas dasar tanggungjawabnya.

Perkara itu disahkan Timbalannya, Damian Green.

“Saya tahu beliau menganggap tugasnya sebagai satu kewajipan dan beliau akan terus berbuat demikian bagi memastikan kerajaan pimpinannya dapat melaksanakannya,” kata Green kepada stesen televisyen BBC.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan tindakan seorang pelawak menyerahkan sepucuk surat peletakan jawatan palsu ketika May berucap pada satu persidangan tahunan parti.

Sementara itu, Setiausaha Dalam Negara, Amber Rudd, dalam kenyataan kepada akhbar The Telegraph berkata, May perlu kekal sebagai Perdana Menteri Britain di sebalik kekalutan yang berlaku ketika menyampaikan ucaptama pada persidangan parti.

Rudd berkata, kepemimpinan May akan memastikan Brexit mencapai matlamatnya.

“Beliau perlu kekal (sebagai Perdana Menteri Britain),” kata Rudd dalam artikel yang bakal disiarkan dalam akhbar The Telegraph, hari ini. – Reuters

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *