Taufan Harvey yang membadai Texas kelmarin menyebabkan kerosakan besar.

Taufan itu yang paling kuat membadai tanah besar AS dalam tempoh 10 tahun, memusnahkan kediaman dan bekalan tenaga, menyebabkan puluhan ribu penduduk terpaksa berpindah ke kawasan lebih selamat.

Pusat Taufan Nasional dalam satu kenyataan berkata, Harvey bermula pada tahap empat di pekan Rockport dengan kelajuan angin 215 kilometer sejam (kmh), sebelum menuju ke bahagian utara pada tahap ketiga dengan kelajuan angin 201km.

Beberapa jam selepas itu, kekuatan taufan mula berkurangan dan berada pada tahap satu ketika bergerak ke bahagian selatan dengan kelajuan 120km.

Pakar menjangkakan sebahagian besar Texas berpotensi dilanda banjir dalam jangka masa terdekat manakala beberapa kawasan kejiranan dilaporkan dilanda puting beliung.

Pasukan bantuan kecemasan juga dilaporkan berdepan kesukaran untuk melakukan operasi menyelamat berikutan hujan lebat masih berterusan.

Presiden Donald Trump yang mengambil iktibar daripada kelemahan George W Bush ketika menangani bencana Taufan Katrina, berkata beliau sentiasa memantau perkembangan misi bantuan dan menggesa orang ramai untuk sentiasa mengutamakan keselamatan. – AFP

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *