Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Terusan Kra Tidak Menjadi Keutamaan Thailand

Terusan Kra Tidak Menjadi Keutamaan Thailand

Kerajaan Thailand telah menjelaskan bahawa projek ‘Terusan Kra’ tidak menjadi keutamaan sekarang dan juga tidak ada dasar yang dilaksanakan mengenai terusan buatan manusia itu yang akan menghubungkan Lautan Hindi dengan Lautan Pasifik.

Jurucakap kerajaan Lt Jen Sansern Kaewkamnerd berkata, Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha menegaskan bahawa kerajaannya tidak mempunyai dasar khususnya mengenai projek itu.

“Masih terdapat masalah lain di kawasan itu, oleh itu (masalah lain) harus diberi keutamaan,” kata beliau dalam satu kenyataan sebagai respon kepada usaha yang dijalankan oleh satu kumpulan diketuai oleh tokh-tokoh berpengaruh dalam mendapatkan sokongan bagi projek multi bilion itu yang mencetuskan kontroversi.

Kumpulan tersebut menggalakkan orang ramai untuk berkongsi pandangan mereka secara dalam talian mengenai projek itu dan juga telah mengubah lagu khas bagi menyokong usaha merealisasikan Terusan Kra.

Beliau menasihatkan penduduk di selatan Thailand supaya berhati-hati apabila menerima mesej yang menyokong  projek Terusan Kra kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dan mewujudkan salah faham di kalangan masyarakat awam.

Menurut Sansern, pada masa ini kerajaan masih mengkaji aspek positif dan negatif mengenai projek gterfusan itu yang akan membabitkan pembinan terusan sepanjang lebih 100 kilometer di Segenting selatan di selatan Thailand.

Antara beberapa isu yang perlu diberi pertimbangan ialah isu keselamatan dan kos projek.

Pihak-pihak yang menyokong projek itu menggesa supaya projek terrsebut disegerakan kerana ia akan memberi manfaat besar kepada industri perkapalan  memandangkan kapal-kapal  dagang di laluan Lautan Hindi-Lautan Pasifik  dapat menjimatkan kos kerana tidak perlu belayar melalui Selat Melaka yang sesak dan sempit

Bagaimanapun, pemerhati keselamatan di Thailand melahirkan kebimbangan mengenai projek tersebut, disebabkan lokasinya di selatan Thailand, yang selama dua dekad menjadi medan konflik antara tentera kerajaan dan kumpulan militan.

Mereka juga bimbang pembinaan terusan itu akan nmenyebabkan negara itu berpecah dua dan akhirnya menyebabkan perpecahan wilayah di selatan Thaland yang bergolak.

BERNAMA

Leave a Reply

Top