Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Terima Kasih Yang Terlibat Operasi Banjir

Terima Kasih Yang Terlibat Operasi Banjir

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan penghargaan beliau kepada semua yang terlibat membantu ketika operasi banjir di Terengganu dan Kelantan.

Menurutnya, jasa dan pengorbanan mereka ini akan diberkati dan menerima balasan pahala dari ALLAH SWT.

“Saya ambil kesempatan ini untuk sampaikan salam penghargaan saya kepada semua yang bertungkus-lumus memelihara keselamatan dan membantu operasi banjir.

“Ini termasuklah anggota keselematan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Tentera Darat Malaysia, Rela, dan para sukarelawan,” tulisnya di dalam laman Facebook.

Beliau berkata demikian setelah selesai membuat tinjauan situasi dan pemulihan banjir di Terengganu dan Kelantan.

Sementara itu, setakat 8 pagi semalam jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 1,473 orang daripada 364 keluarga di lapan pusat pemindahan berikutan pertambahan mangsa di Kuala Terengganu.

Manakala di Kelantan pula, jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 13,449 orang daripada 4,790 keluarga setakat berbanding 14,074 orang daripada 4,996 keluarga.

Leave a Reply

Top