Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Terengganu Peruntuk 1 Juta Bantu Mangsa Fenomena Air Pasang

Terengganu Peruntuk 1 Juta Bantu Mangsa Fenomena Air Pasang

mh online

Kerajaan negeri memperuntuk RM1 juta bagi membantu mangsa fenomena air pasang besar yang melanda beberapa buah kampung sejak malam tadi.

Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata pihaknya juga telah meminta Pegawai Pembangunan Kuala Nerus melaksanakan tindakan awal bagi membantu mangsa berkenaan.

Beliau berkata pihaknya meluluskan peruntukan tersebut sebagai langkah penyelesaian awal dan meminta pihak Jabatan Pengaliran dan Saliran melakukan tindakan segera.

“Saya telah meminta Datuk Basir Ismail untuk mengambil tindakan segera bagi membantu mangsa air pasang besar itu,” katanya.

Beliau berkata beliau akan melawat mangsa ombak besar sebaik tiba di Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur malam ini.

Tinjauan Bernama di sekitar Kampung Tanjung Gelam dan Kampung Mengabang Telipot mendapati kira-kira 25 buah rumah di pesisir pantai Batu Rakit menjadi mangsa pukulan ombak kuat yang mula berlaku kira-kira pukul 8 malam.

Lebih parah air ombak memasuki kediaman penduduk sehingga ke jalan utama sejauh 20 meter.

Turut kelihatan di lokasi kejadian beberapa agensi keselamatan seperti pasukan bomba dan penyelamat, polis serta Jabatan Pertahanan Awam.

Leave a Reply

Top