Ketua organisasi jenayah keganasan Mexico, Felipe de Jesus Luna antara yang maut dalam pertempuan dengan pasukan keselamatan negara itu.

Kejadian melibatkan sembilan penjenayah itu disahkan pasukan tentera laut Mexico.

Ia berlaku ketika pasukan marin melakukan rondaan di Tlahuac, iaitu kawasan yang terletak di tenggara Mexico City, sebelum mereka diserang anggota geng terbabit.

Tentera laut berkata, anggota kumpulan samseng itu dipercayai terbabit dalam urus niaga dadah, pemerasan, pembunuhan dan penculikan.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak mendedahkan sama ada berlaku kecederaan membabitkan anggota marin.

“Pasukan marin berada di kawasan itu susulan maklumat risikan mengenai kewujudan jenayah membabitkan geng tempatan,” kata pasukan itu dalam satu kenyataan.

Kejadian itu adalah antara pertempuran paling ganas membabitkan pasukan keselamatan dan penjenayah selepas 17 anggota kumpulan geng terbunuh di kawasan barat laut Mexico pada akhir Jun lalu. – Reuters

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *