Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Tentera Iraq Henti Operasi Di Mosul

Tentera Iraq Henti Operasi Di Mosul

Tentera kerajaan menghentikan sementara operasi untuk membebaskan barat Mosul daripada cengkaman militan Daesh, kelmarin susulan jumlah kematian orang awam yang tinggi di bandar itu.

Keputusan itu dibuat selepas PBB menyuarakan kebimbangannya terhadap laporan  mendakwa puluhan orang awam terbunuh atau cedera dalam serangan udara dilancarkan di daerah al-Jadidah pada 17 Mac lalu.

“Kami terkejut dengan insiden itu,” kata penyelaras kemanusiaan di Iraq, Lise Grande.

Saksi mendakwa ramai penduduk terperangkap di bawah runtuhan bangunan ketika serangan hingga mencetuskan satu letupan besar.

Bagaimanapun, punca runtuhan tidak diketahui, saksi percaya serangan udara itu mungkin  meletupkan trak sarat dengan bahan letupan milik kumpulan militan terbabit – Press TV

Leave a Reply

Top