Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Tasik Kenyir Bakal Jadi Tumpuan Sempena Festival Kenyir 2017

Tasik Kenyir Bakal Jadi Tumpuan Sempena Festival Kenyir 2017

Festival Kenyir 2017 yang akan berlangsung dari 14 hingga 17 Sept bakal menjadi pemangkin pelancongan bagi Tasik Kenyir.

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Omar Ismail berkata Tasik Kenyir bakal menjadi tumpuan pelbagai lapisan masyarakat terutama setelah ia beroperasi sebagai Pusat Bebas Cukai 1 Ogos lepas.

Katanya, antara acara menarik yang disediakan pada festival itu ialah Kenyir Hoping Island menggunakan Kenyir Cruise, aktiviti sukan air, pertandingan house boat berhias, break dance dan sebagainya.

“Pada malam terakhir akan disajikan konsert fiesta D’Kenyir yang akan disertai artis-artis terkenal,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada selasa.

Katanya, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dijangka merasmikan festival tersebut pada 14 Sept  di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir.

“Festival ini adalah usaha terancang kerajaan negeri dan Ketengah dalam mempopularkan lagi Tasik Kenyir sebagai sebuah destinasi perlancongan akua eko yang menggabungkan pelbagai unsur alam semula jadi yang masih terpelihara,” kata Omar.

Leave a Reply

Top