Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > TANGANI PERBUATAN HINA PEMIMPIN NEGARA

TANGANI PERBUATAN HINA PEMIMPIN NEGARA

mh online

Polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), dan Peguam Negara hari ini disaran menubuhkan sebuah pasukan khas untuk mengesan dan mengambil tindakan terhadap pihak menyebarkan gambar yang dianggap menghina pemimpin negara di media sosial.

Menyarankan demikian, Presiden Pakatan Badan Bukan Kerajaan Pro-Barisan Nasional (Pro BN) Zulkarnain Mahdar berkata, perbuatan seumpama itu, jika dibiarkan, dikhuatiri akan memberi impak negatif kepada generasi akan datang.

Zulkarnain bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di sini hari ini berhubung gambar disifatkan menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top