Anda di sini!
Utama > Kolumnis > Tan Sri, Sila Jelaskan Segera Gaji Pemain

Tan Sri, Sila Jelaskan Segera Gaji Pemain

mh online

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) masih berhutang RM 2 Juta gaji pemain-pemain untuk musim lalu yang sehingga kini masih tidak nampak akan ada jalan penyelesaiannya sehingga seorang bekas pemain import Kelantan membawa isu ini kepada FIFA.

Kepada YB Hj Tan Sri Annuar Musa selaku Presiden Bola Sepak Kelantan, jelaskanlah jumlah yang telah KAFA janjikan untuk dibayar pada akhir musim lalu, dalam pengetahuan semua peminat bola sepak Kelantan perkara ini sepatutnya sudah lama diselesaikan kerana di akhir musim lalu YAB Perdana Menteri telah memberi sumbangan sebanyak RM 4Juta kepada KAFA, kemana pula RM 4Juta itu dibelanjakan?.

Saya faham, dengan keterbatasan waktu YB Tan Sri sebagai Yang Berhormat, Pengerusi MARA dan juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia mungkin sedikit mengganggu tugasan sebagai Presiden KAFA, namun para pemain masih menanti janji yang Tan Sri sebut sewaktu sidang media di Majlis Pelancaran Jersi awal februari yang lalu.

Para pemain ini ada tanggungan yang wajib bagi mereka setiap bulan, dua bulan gaji yang tertunggak itu merupakan hak mereka yang tidak boleh kita nafikan. Walaupun prestasi pasukan terumbang ambing pada musim lalu namun mereka telah sedaya upaya membantu kelantan sehingga ke peringkat akhir piala FA walaupun tewas kepada pasukan kebangsaan Singapura.

Kedengaran desas desus dalam kem Kelantan gaji tertunggak ini jugalah sebenarnya punca prestasi mereka dalam beberapa perlawanan awal musim ini tidak konsisten, pemain seolah-olah mogok dan bermain sambil lewa kerana protes terhadap kezaliman KAFA.

Jika Tan Sri menganggap boleh melepaskan tanggung jawab membayar gaji tertunggak musim lalu dengan mudah kepada Penasihat Kehormat Kafa Datuk Seri Vida ianya sangat tidak adil, kerana Datuk Seri Vida hanya terlibat dengan Kafa pada awal musim ini dan tidak terlibat dengan tunggakan gaji musim lalu, beliau juga telah menjelaskan tidak akan memikul beban yang ditinggalkan oleh orang lain sewenang-wenangnya.

Oleh itu diharap pihak Kafa dan Tan Sri dapatlah berikhtiar untuk menjelaskan tunggakkan gaji tersebut sebelum masalah lebih besar yang akan ditanggung oleh Kafa dan Pasukan Kelantan Khasnya, kita tidak mahu masalah gaji ini mengganggu tumpuan pemain dan menjejaskan prestasi pasukan.

Ikhtiarlah dan selesaikanlah hak orang, kerana doa orang yang teraniaya itu sesungguhnya tiada hijab disisi Allah

Sekian

Pemerhati Bola Sepak,
Kota Bharu Kelantan.
-Gomo Kelate Gomo-

Leave a Reply

Top