Anda di sini!
Utama > Terkini > TAMBAHAN 33 SYARAT,SETUJU TAJA 8 JUTA

TAMBAHAN 33 SYARAT,SETUJU TAJA 8 JUTA

mh online

image

Walaupun sudah mengemukakan dua syarat utama sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Hasmiza Othman menambah 33 lagi syarat penajaan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Pengasas produk Qu Puteh yang lebih dikenali sebagai Dr Vida itu berkata, bagaimanapun pihaknya telah mencapai persefahaman selepas perbincangan berlangsung bersama Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa, hari ini.

Hasmiza sebelum ini meletakkan syarat supaya stadium Kelantan di Kota Bharu dicat dengan warna merah jambu dan menukar nama pasukan kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.‎

“Tan Sri telah bersetuju dengan 35 syarat yang saya kemukakan dan perkara itu wow sangat fantastik.

“Saya rasa kami sudah capai persefahaman dalam perkara ini dan kita tunggu pengumuman rasmi 15 Januari nanti,” katanya.

Sementara itu, Annuar berkata, beliau telah membincangkan syarat-syarat yang dikemukakan itu dan beliau lebih menekankan kepada hal-hal pengurusan pasukan.

“Antaranya mengenai kontrak, peraturan FAM dan ‎syarat Fifa.

“Bagi Kafa, kita tak ada masalah dan perkara itu satu perkara yang sangat baik untuk kita,” katanya yang turut kagum dengan idea Hasmiza.

Ditanya mengenai jumlah tajaan‎, menurut Hasmiza secara asasnya beliau bersetuju dengan dana RM8 juta semusim seperti diuar-uarkan sebelum ini.

“Tetapi saya akan mengeluarkan belanja yang lebih banyak daripada jumlah itu.

“Tetapi untuk Kafa saya setuju dengan jumlah khas dan sedia menyahut cabaran dengan jumlah tajaan RM8 juta itu” katanya.

Leave a Reply

Top