Anda di sini!
Utama > Terkini > TAK SANGKA JUALAN MELETOP CECAH RM 80’000

TAK SANGKA JUALAN MELETOP CECAH RM 80’000

mh online

‎Belum sebulan beroperasi di Mara Digital Mall, seorang peniaga yang menjual gajet telekomunikasi boleh berbangga apabila mampu mencapai nilai jualan sehingga RM80,000.

Penyelia syarikat GreenFone, Muhammad Azmer Abdul Rahman berkata, dia tidak menyangka nilai jualan mampu mencecah sehingga ke tahap itu kerana baginya Mara Digital Mall baharu sahaja dibuka.

“Tidak sampai sebulan, Alhamdulillah nilai jualan sudah mencecah RM80,000.

“Kerana pada awalnya, kami menyasarkan nilai jualan hanya dalam RM30,000 hingga RM40,000 sahaja, namun kami bersyukur kerana pencapaian jualan kami di luar jangkaan.

“Ini mungkin atas faktor harga yang ditawarkan kepada pembeli, serta jaminan kualiti kepada pembeli bahawa produk yang dijual adalah tulen,” katanya.

Muhammad Azmer berkata, antara produk yang menjadi pilihan pembeli adalah telefon bimbit berjenama Lenovo dan Asus.

“Kedai akan dipenuhi pembeli pada hujung minggu, namun hari biasa juga masih ada pembeli, boleh dikatakan memang akan ada pembeli, ” katanya.

Pusat teknologi maklumat dan komunikasi Mara Digital yang dibuka bulan lalu terletak di Menara Mara itu memberi satu lagi pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan barangan lebih murah dan dijamin ketulenannya.

Leave a Reply

Top