Anda di sini!
Utama > Posts tagged "turkey update"

Turki Akan Keluarkan Kereta Buatan Sendiri

Turki bakal mengeluarkan kereta buatannya sendiri menjelang 2021, menerusi jalinan usaha sama dengan lima buah syarikat, lapor agensi berita Turki Anadolu (AA). Majlis pelancaran usaha sama itu berlangsung di Istana Presiden dan dihadiri Presiden Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri, Binali Yildirim dan Menteri Sains, Industri dan Teknologi, Faruk Ozlu. Lima syarikat tersebut

Turki Kini Semakin Kuat

TURKI, Dalam ucapan penuh bersemangat di hadapan lautan manusia yang hadir sambil mengibarkan bendera di sini, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata pelaku rampasan kuasa yang digagalkan pada 15 Julai, 2016 tidak akan berupaya meruntuhkan negara ini dan menjejaskan kebebasan rakyatnya. Pemimpin Turki itu menegaskan perkara tersebut semasa beliau menyertai rakyatnya

Erdogan Kumpul Penyokong Sebelum Mula Referendum

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berjaya mengumpulkan ratusan ribu penyokong dalam satu perhimpunan besar-besaran di sini, beberapa hari sebelum referendum bagi menentukan nasib kuasanya. Jika diterima, perubahan Perlembagaan yang dicadangkan dalam referendum 16 April depan, akan mengubah Turki daripada sistem Parlimen kepada Presiden Eksekutif, sekali gus meluaskan lagi kuasanya sebagai presiden. "Pada

Penyokong Dan Penentang Presiden Turki Bertempur Di Belgium

BRUSSELS, Beberapa orang cedera dalam insiden pertempuran antara penyokong dan penentang Presiden Turki, Reccep Tayyip Erdogan, di depan pejabat konsulat Turki dekat sini, kata polis Belgium. "Insiden serius tercetus antara penyokong dan penentang rejim Turki di jalan raya, luar pejabat Konsulat Turki. Ramai yang cedera dan dibawa ke hospital," kata jurucakap

Turki Henti Operasi Ketenteraan Di Syria

Turki semalam mengumumkan penamatan kempen tentera di utara Syria tanpa menyatakan sama ada akan membawa keluar askarnya dari negara jiran itu. Majlis Keselamatan Negara (MGK) yang dipengerusikan Presiden Tayyip Erdogan dalam satu kenyataan berkata, operasi setengah tahun di Syria itu dianggap berjaya. "Operasi Euphrates Shield yang bertujuan memastikan keselamatan di sempadan negara

Belanda Tahan Menteri Keluarga Turki

Menteri Keluarga Turki, Fatma Betul Sayan Kaya dilapor telah ditahan pihak berkuasa Belanda dan diisytiharkan sebagai 'individu tidak dikehendaki'. Fatma ditahan bagi menghalang beliau daripada melakukan demonstrasi sebagai tanda solidariti terhadap Presiden Turki Tayyip Erdogan di Rotterdam. Penahanan Fatma sekali gus mengeruhkan lagi hubungan diplomatik antara kedua-dua negara. Fatma berlepas ke Belanda dari

Turki – Belanda Tegang

Tindakan Kerajaan Belanda menghalang Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglo melawat Belanda didakwa melanggar protokol diplomatik seterusnya membuatkan hubungan antara kedua negara itu tegang, lapor Washingon Post. Kerajaan Belanda dalam satu kenyataanya menjelaskan sebab mereka memutuskan untuk menarik balik hak mendarat Cavusoglo kerana 'risiko ketenteraman dan keselamatan awam'. Semalam, Cavusoglo memberi amaran bahawa

Top