Anda di sini!
Utama > Posts tagged "trending news"

SPRM Serbu Tiga Premis

SHAH ALAM, Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Shah Alam, pejabat Jana Niaga Sdn Bhd, Desa Pandan dan pejabat Menteri Besar Diperbadankan (MBI), Selangor di Shah Alam pagi ini. Ia dipercayai ada kaitan dengan siasatan pembayaran oleh MBI kepada Jana Niaga bagi projek di UNISEL. Seramai enam

BN Akan Rangka Manifesto Khas Pulau Pinang

GEORGETOWN, UMNO dan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan bermesyuarat dengan kepemimpinan tertinggi parti, khusus untuk menentukan manifesto terbaik bagi berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata mesyuarat dijangka diadakan bulan depan, sejurus beberapa agenda selesai dilaksanakan. Katanya, manifesto khusus bagi BN Pulau

KJ Mohon Maaf Isu Bendera Indonesia

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, memohon maaf kepada rakan sejawatannya dari Indonesia atas kesilapan yang berlaku berhubung bendera Indonesia dalam sebuah buku panduan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Beliau berkata, kesilapan itu tidak disengajakan. "Bapak Imam, saya minta maaf atas kesilapan ini. Sesungguhnya tiada niat jahat. Saya amat kesal dengan kesilapan

Isu Bendera Tidak Disengajakan

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kesilapan yang berlaku berhubung bendera Indonesia di dalam buku panduan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), tidak disengajakan. "Kita harus berfikiran terbuka tentang perkara ini. Saya percaya ini tidak dilakukan dengan niat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian

Kerajaan Negeri Setuju Lanjut Tempoh Pajakan

Kerajaan negeri bersetuju untuk melanjutkan tempoh pajakan tanah untuk projek perumahan dan bangunan perniagaan kepada 99 tahun. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata lanjutan tempoh pajakan tanah dari 30 tahun kepada 99 tahun itu diluluskan bagi membolehkan pemohon mendapatkan kelulusan pinjaman untuk mendirikan kediaman dan bangunan perniagaan. Katanya, kebanyakan

TH Yakin Kesemua Bakal Haji Berlepas Selewatnya 26 Ogos

Tabung Haji (TH) yakin kesemua bakal jemaah haji termasuk 67 bakal haji yang bermasalah visa (BHBV) dan 15 anggota  keluarga mereka, yang masih terkandas ketika ini akan berlepas ke Tanah Suci sebelum penerbangan akhir 26 Ogos ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata hingga pagi ini,

Akta Perubatan Tradisional Dilaksana Berperingkat

Penguatkuasaan Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) 2016 akan dilaksanakan secara berfasa. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, pada fasa pertama, seksyen yang dikuatkuasakan melibatkan penubuhan Majlis PT&K dengan mengenalpasti bidang amalam untuk diiktiraf serta mengenalpasti badan pengamal yang ditetapkan dan kuasa menteri untuk membuat peraturan. Menurutnya, fasa kedua

RUU Baru Akan Dibentang Esok

Rang Undang-Undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan Dan Perceraian)(Pindaan) 2016 (Akta 164) akan dibentang esok. Kerajaan telah menggunakan Peraturan Mesyuarat 62 untuk menarik semula Rang Undang-Undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan Dan Perceraian)(Pindaan) 2016 (Akta 164). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pindaan ini dibuat agar tidak berlaku percanggahan dalam mana-mana

Penempatan Haram Israel Meningkat Tiga Kali Ganda

PALESTIN, Laporan terbaru menunjukkan skala aktiviti penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin telah meningkat hampir tiga kali ganda pada separuh pertama 2017 berbanding tempoh sama pada tahun lalu. Data itu dikeluarkan Pejabat Negara untuk Pertahanan Tanah dan Bantahan Penempatan Haram Palestin menerusi laporan minggu yang diterbitkan, kelmarin. Awal minggu lalu, Perdana Menteri,

1.85 Billion Dikumpul Untuk Tabung Endowment IPTA

Sebanyak RM 1.85 bilion berjaya dikumpul hasil tabung endowment yang ditubuhkan di 20 universiti awam sehingga Jun 2017. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kutipan tertinggi dicatatkan Universiti Malaya iaitu RM1.6 bilion diikuti oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dengan RM71 juta. Sementara itu, katanya, universiti awam turut mempunyai tabung wakaf sebagai

Top