Anda di sini!
Utama > Posts tagged "tnb"

Agensi Strategik Kerajaan Diresapi Anasir Pembangkang?

Oleh : Hidayat Fansyuri Dalam tempoh yang getir sekarang, jawatan penting sama ada di kementerian,agensi kerajaan mahupun glc, seharusnya ditapis agar tidak ada ‘seekor’ pun penyokong pembangkang yang terlepas mengetuai agensi atau jabatan-jabatan yang strategik. Dalam pemerhatian kami, ramai dikalangan mereka ini bertopeng dan bermuka-muka menyokong kerajaan dalam masa yang sama mereka

TNB Teruskan CSR Sumbang Kelengkapan Sekolah Di Tangkak

TANGKAK, Tenaga Nasional Berhad (TNB) meneruskan tradisi tahunan menghulurkan sumbangan pakaian dan kelengkapan sekolah kepada golongan kurang bernasib baik di sekitar daerah Tangkak menerusi program 'Back To School'. Pengurus Kanan Komunikasi TNB, Wan Hairul Razali Wan Ahmad Kushaari berkata program 'Back To School' adalah satu daripada tanggungjawab  sosial korporat (CSR) syarikat itu dalam bidang pendidikan bagi membantu keluarga

Masa Depan SESB Bergantung Kepada Hasil Perbincangan

KUALA LUMPUR, Masa depan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan ditentukan hasil perbincangan berterusan antara Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Kementerian Kewangan dan Tenaga Nasional Bhd (TNB). Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri KeTTHA, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata perbincangan itu penting, terutama sejak SESB terus mencatat kerugian

Tiada Kenaikan Tarif Asas Sehingga Awal Tahun Depan

KUALA LUMPUR, Tenaga Nasional Bhd (TNB) tidak menjangkakan sebarang kenaikan tarif asas elektrik sehingga awal tahun depan, kata Ketua Pegawai Kewangan, Datuk Fazlur Rahman Zainuddin. "Kami tidak menjangkakan perubahan besar. Semuanya terserah kepada kerajaan untuk membuat keputusan (tentang kenaikan). "Biasanya keputusan mengenai tarif asas dilakukan sebelum bermulanya tempoh kawal selia yang dijangkakan

TNB Bantu 800 Murid Di Kedah

KUALA NERANG, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyumbangkan set persekolahan kepada 800 murid daripada keluarga kurang berkemampuan di empat kawasan Parlimen di Kedah iaitu Langkawi, Padang Terap, Kota Setar dan Jerlun menerusi program 'Kembali Ke Sekolah'. Pengurus Besar Perkhidmatan Pelanggan Bahagian Pembahagian TNB Kedah Ismail Lathifi Teh berkata seramai 200 murid dipilih

TNB Duduki Tempat Ke-6 Terbaik Malaysia

KUALA LUMPUR, Tenaga Nasional Bhd (TNB) menduduki tempat keenam dalam senarai jenama terbaik di negara ini berdasarkan Malaysia Top 100 Brands 2017 yang dikeluarkan oleh Brand Finance Asia Pacific baru-baru ini. "Ini bermakna dua tahun berturut-turut TNB memperbaiki kedudukan dari tempat kelapan pada 2015 kepada ketujuh tahun lalu, dan sebagai jenama

TNB Belanja 2juta Untuk Program “Back To School”

KUALA LUMPUR, Tenaga Nasional Berhad (TNB) membelanjakan RM2 juta khusus bagi menyalurkan bantuan kelengkapan persekolahan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah daripada keluarga kurang berkemampuan di seluruh negara. Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB Datuk Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata menerusi program 'Kembali ke Sekolah' itu 10,000 murid terpilih dari

Bantuan Seragam Sekolah TNB Ringankan Beban Ibu Bapa

PONTIAN, Bantuan dalam bentuk barang persekolahan bernilai RM200 mungkin tidak besar nilainya bagi sesetengah pihak namun bagi 200 ibu bapa yang anak mereka terpilih dalam Program 'Back To School´ Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sini, sumbangan itu amat bermakna. Suriya Samad, 42 yang baru kematian suaminya, berkata bantuan itu amat meringankan

YCU Kumpul RM600,000 Pada Majlis Makan Malam UNITEN

KUALA LUMPUR, Yayasan Canselor Universiti Tenaga Nasional (YCU) berjaya mengumpul RM600,000 pada majlis makan malam 'UNITEN - Endowment Fundraising Dinner 2017' di Hotel Berjaya Times Square, baru-baru ini, bagi membantu pelajar mereka melalui biasiswa dan sokongan kewangan. Tenaga Nasional Berhad (TNB) selaku syarikat induk turut menyerahkan sumbangan bernilai RM160,000 kepada YCU. Sumbangan

TNB Sumbang Kelengkapan Sekolah

PORT DICKSON, Seramai 200 murid yang akan memulakan sesi persekolahan Darjah 1 dari 10 buah sekolah rendah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi, menerima sumbangan kelengkapan sekolah daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) sempena program 'Kembali Ke Sekolah'. Pengurus Besar Perkhidmatan Pengguna TNB Negeri Sembilan Ir Wan Ishak Soed berkata program

Top