Anda di sini!
Utama > Posts tagged "terengganu update"

Masyarakat India Yakin Dengan BN

KEMAMAN, Sokongan masyarakat India di Terengganu kepada Barisan Nasional (BN) menunjukkan peningkatan mendadak berbanding ketika Pilihan Raya Uumum ke-13 (PRU13) yang lalu, kata Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Beliau berkata peningkatan sokongan itu adalah hasil kerja kuat parti MIC selama ini yang tidak henti-henti mengadakan pelbagai program

Pengalaman Jaga Ibu Sendiri Jadi Panduan – MB

KUALA NERUS, Awalnya hanya menjaga arwah ibu yang mengalami strok, akhirnya, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman serius mahu membantu orang lain agar pesakit tidak terbiar dan pulih sepenuhnya. Pesakit strok sememangnya memerlukan penjagaan rapi terutama dalam melatih mereka untuk pulih, disebabkan itu Ahmad Razif bertekad menubuhkan Pusat

15,000 Pelajar KAFA Khatam Al Quran Serentak

Seramai 15,000 murid Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) anak Terengganu menyertai majlis khatam Al-Quran yang diadakan secara serentak di seluruh negeri pada sabtu. Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, dalam jumlah itu seramai 4,958 pelajar daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Besut 1,746, Setiu 2,179, Marang 1,500,

Penjawat Awam Dan Wanita Antara Ditahan AADK Terengganu

KUALA BERANG, Seorang penjawat awam antara 52 orang yang ditahan kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah dipercayai pil kuda dalam serbuan Ops Perdana NBOS Siri Kedua Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Terengganu. Operasi berkenaan turut dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). Suspek berumur 29 tahun itu ditahan awal pagi tadi di Kampung Kuala Telemong

Tuduhan Kerajaan Negeri Abai Masjid Kristal Tidak Benar

KUALA TERENGGANU, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyifatkan laporan sebuah akhbar mengenai Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam yang dikatakan tidak dibaik pulih dan terbiar, sebagai tuduhan yang dibuat tanpa usul periksa. "Tuduhan sembarangan hingga mengabaikan maklumat sebenar," katanya kepada media di sini pada sabtu. Ahmad Razif berkata beliau bukan sahaja kecewa dengan laporan terbabit, malah tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan saman fitnah demi menjaga nama baik kerajaan negeri. Katanya, akhbar terbabit telah diberitahu mengenai kesungguhan kerajaan negeri membaik pulih Masjid Kristal,

Bomba Terengganu Sentiasa Periksa Pusat Tahfiz

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu sudah memeriksa 12 daripada 47 sekolah pondok dan pusat tahfiz yang berdaftar sepanjang tahun ini. Pengarah JBPM Terengganu Azlimin Mat Nor menjangka kesemua 47 madrasah itu akan selesai diperiksa sebelum penghujung tahun ini. "Hasil pemeriksaan di 12 sekolah pondok dan pusat tahfiz itu, kami berpuas hati dengan aspek keselamatan yang menepati piawaian

“Jika Orang Berlembut, Saya Akan Lebih Baik” – Ahmad Said

Selepas tiga tahun, bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said akhirnya kembali untuk merasmikan mesyuarat agung cawangan berkelompok Umno Bahagian Kemaman di sini, pada Sabtu malam. Ahmad, selaku Ketua Umno Bahagian Kemaman, sebelum ini hanya mewakilkan kepada timbalannya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, untuk merasmikan mesyuarat bahagian itu. Ketika ditemui pemberita

Top