Anda di sini!
Utama > Posts tagged "sukan"

Tempoh Dua Minggu Tidak Cukup

Pengendali Harimau Malaya, Nelo Vingada tetap berpuas hati dengan persembahan anak buahnya meskipun tewas tipis 1-2 kepada Lubnan pada aksi kelayakan pusingan akhir Kumpulan B Piala Asia di sini, malam Selasa. Vingada berkata beliau akur dengan kekalahan itu dan enggan menyalahkan barisan pemain setelah pasukannya gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang

United Julang Piala Ke-3

Manchester United menutup musim 2016-2017 dengan menjulang trofi Liga Europa apabila mengalahkan Ajax Amsterdam. Dalam pertandingan yang berlangsung di Friends Arena, awal pagi Khamis, United menundukkan Ajax dengan dua gol tanpa balas. Gol kemenangan United diperolehi menerusi Paul Pogba dan Henrikh Mkhitaryan. Gelaran juara Liga Europa 2016/17 menjadi trofi ketiga yang berjaya dijulang United

Najib Ucap Tahniah Kepada Kedah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada pasukan Kedah yang menjuarai Piala FA 2017 selepas menewaskan Pahang pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam tadi. Beliau turut memberi kata-kata semangat kepada pasukan Pahang, negeri kelahirannya, yang telah memberi tentangan sengit dalam perlawanan itu. "Saya di Riyadh tapi dengar perlawanan

Jutawan Rusia Mahu Beli Arsenal

Jutawan Rusia, Alisher Usmanov menawarkan bidaan sebanyak 1 bilion pound sterling untuk membeli kelab bola sepak Inggeris, Arsenal. Usmanov, 63, ketika ini memiliki 30 peratus syer kelab itu menerusi Red & White Holdings dan berusaha untuk menambah kira-kira 67 peratus lagi syer bagi mengatasi pemegang saham majoriti, Stan Kroenke. Menurut Press Association Sport,

Tolak Ke West Ham Demi Kelantan

Kalau sudah jatuh cinta, siapa pun yang cuba merisik selepas itu pastinya akan berputih mata. Situasi ini dialami penyerang import baharu Kelantan, Abou Bakr Al-Mel atau lebih dikenali sebagai Bako yang sanggup menolak tawaran daripada kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), West Ham kerana mahu menyarung jersi Kelantan. Menurut pemain dari Lebanon itu,

TRW Dapat Pengganti Ghaddar

Penasihat Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengesahkan penyerang Liga Lubnan, Abou Bakr El Mal akan berada di sini esok, bagi proses rundingan perpindahan ke The Red Warriors (TRW). Abou Bakr dijangka tiba di Kota Bharu tengah hari esok dan akan bersama-sama Anuar untuk makan tengah hari di sebuah

TRW Mungkin Tutup ‘Kedai’

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa, memberi bayangan yang skuad The Red Warriors (TRW) mungkin terpaksa melupakan saingan Liga Super akibat tekanan luar yang tidak sepatutnya berlaku. "TRW mungkin tidak lagi wujud dalam Liga M tidak lama lagi, di bawah peraturan dan cara sekarang (memandangkan) pasukan miskin, sudah

Mourinho ‘Akur’ Kehebatan Arsenal

Pengendali Manchester United, Jose Mourinho mengaku kalah dalam usaha merebut kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris selepas tewas 0-2 kepada Arsenal, awal pagi Isnin. Namun Mourinho dalam nada sinis berkata beliau 'berpuas hati' kerana meninggalkan Stadium Emirates dalam keadaan penyokong Arsenal bergembira meraikan kemenangan pasukan tuan rumah. "Akhirnya saya meninggalkan stadium ini

FAM Harap Peminat Bola Sepak Bersabar

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berharap semua peminat bola sepak tempatan agar bersabar dan jangan cepat melenting untuk melihat siapa jurulatih kebangsaan yang kini masih dalam pencarian. Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, FAM perlu betul-betul teliti untuk memilih siapa jurulatih yang boleh memikul tugas untuk mengendalikan Harimau Malaya dalam

Serba Tak Menjadi

Pengendali Pahang, Dollah Salleh menyifatkan rentak permainan anak didiknya sebagai serba tidak menjadi pada saingan separuh akhir pertama Pala FA yang berkesudahan dengan Tok Gajah sekadar menang tipis 1-0 menerusi gol sendiri oleh Negeri Sembilan. Dollah berkata corak permainan anak buahnya semalam dan empat perlawanan terdahulu agak berbeza, berkemungkinan disebabkan jadual

Top