Anda di sini!
Utama > Posts tagged "SPRM"

Pendedahan Secara Meluas Menyumbang Kepada Penurunan Skor CPI

PUTRAJAYA, Publisiti dan pendedahan secara meluas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada kes-kes rasuah tahun lepas mungkin menyumbang kepada penurunan kedudukan dan skor Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan. Beliau berkata sepanjang tahun lalu, SPRM telah menunjukkan komitmen yang

Koperal Mengaku Tidak Bersalah Minta RM500

KUALA TERENGGANU, Seorang koperal polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meminta suapan RM500 daripada seorang penunggang motosikal minggu lalu. Ruslan Deraman, 56, didakwa melakukan kesalahan itu di Balai Polis Wakaf Tapai, Marang bagi melepaskan Roslan Abd Aziz dan motosikal jenis SYM milik isterinya daripada

SPRM Puji Ahmad Razif

KUALA TERENGGANU, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengucapkan syabas kepada Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan kepimpinan kerana semua jabatan, agensi dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di bawah kerajaan negeri berjaya mencapai 100 peratus mengadakan Ikrar Bebas Rasuah (IBR). Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad usaha ini

2 Anggota Polis Didakwa Terima Rasuah

SEREMBAN, Dua anggota polis berpangkat koperal dan konstable mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM10,000, daripada seorang peniaga, empat tahun lepas. Koperal Mohd Fairuz Abd Jalil, 37, dan Konstable Norfazlizan Mat Zain, 34, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Fathiyah Idris. Mengikut

SPRM Mula Siasatan Dewan Terbuka Bagan Datuk

KOTA BHARU, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan hari ini berhubung tuntutan kos pembinaan Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Melintang, Perak, yang didakwa tidak setimpal dengan hasil dibina. Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata arahan dikeluarkan kepada Pengarah SPRM Perak supaya dibuat siasatan sama

Jangan Hina Orang Bagan Datuk

BAGAN DATUK, "Jangan main-main dengan saya", demikian amaran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi susulan rasa tidak puas hati beliau terhadap kualiti binaan dewan terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Melintang dekat sini. Beliau berkata spesifikasi dewan itu dilihat tidak setimpal dengan jumlah peruntukan sebanyak RM600,000 yang disumbangkan

Timbalan Pengetua MRSM Ditahan SPRM

KUALA LUMPUR, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang timbalan pengetua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kubu Bharu, Selangor bagi membantu siasatan berhubung pemberian kerja pembekalan barang keperluan pelajar kepada pihak berkepentingan. Sumber SPRM berkata timbalan pengetua terbabit ditahan  selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor. Turut ditahan ialah anak suspek yang berusia 24 tahun dan seorang pemilik syarikat berusia 40 tahun, juga selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor. Ketiga-tiga mereka ditahan antara pukul 4.30 petang dan pukul

Penjawat Awam Ditahan Bantu Siasatan Kes Rasuah

LANGKAWI, Dua penjawat awam, seorang daripadanya penolong pegawai undang-undang di sebuah jabatan kerajaan di sini direman enam hari bagi membantu siasatan kes rasuah. Perintah reman yang bermula hari ini dikeluarkan Majistret Nurshahida Abdul Rahim di Mahkamah Majistret Langkawi di sini hari ini. Penolong pegawai undang-undang berumur 31 tahun dan penolong operasi berumur 30 tahun itu ditahan di sebuah restoran di sini kira-kira 2.28 petang semalam berikutan aduan daripada seorang  individu yang bekerja sendiri berumur 50 tahun. Menurut fakta kes yang dikemukakan Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Semua Kementerian Sudah Tandatangan IBR

KOTA KINABALU, Semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan negeri di Sabah sudah melafaz dan menandatangani dokumen Ikrar Bebas Rasuah (IBR) tahun lepas, kata Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah Zulkefle Abdul Hamid. Beliau berkata dengan perkembangan itu, Sabah menjadi negeri pertama di negara ini yang mana semua jabatan dan

APMM Tidak Kompromi Dengan Gejala Rasuah

KOTA KINABALU, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengambil langkah untuk memelihara integriti pegawai dan anggotanya termasuk mendekati kakitangan bagi memastikan mereka tidak terjebak dengan jenayah rasuah. Ketua Pengarahnya Datuk Seri Zukifli Abu Bakar berkata APMM tidak akan berkompromi dengan gejala rasuah dan sentiasa berusaha menjadikan APMM sebuah agensi yang bersih dan berintegriti. "Kita ada pegawai menyelia mereka yang berpotensi untuk melakukan jenayah rasuah seperti mereka yang didapati mempunyai banyak hutang dan menjalani kehidupan mewah juga akan dipantau. "Selain itu,

Top