Anda di sini!
Utama > Posts tagged "spad"

Tiada Caj Tambahan Untuk Pasport Versi Baru

PUTRAJAYA, Tiada caj tambahan dikenakan untuk permohonan dan pembaharuan pasport Malaysia versi baharu yang dilengkapi ciri keselamatan lebih canggih, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Melancarkan pasport versi baharu yang mula diperkenalkan sejak 15 Nov lepas pada perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri  berkata pasport itu mempunyai penambahan  ciri-ciri keselamatan berbanding

Pengerusi Sementara SPAD Akan Dilantik

KUALA LUMPUR, Seorang pengerusi sementara akan dilantik dalam kalangan Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk mengetuai agensi itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri. Tindakan itu akan diambil susulan penahanan Pemangku Pengerusinya, Tan Sri Isa Samad, oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak kelmarin. Nancy

SPRM Serbu Pejabat Isa

KUALA LUMPUR, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad, di Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD), pagi ini. Kira-kira 10 pegawai SPRM berpakaian biasa dilihat menaiki tiga kenderaan dan memasuki pejabat agensi itu pada jam 11 pagi. Difahamkan, mereka menuju ke pejabat Isa di tingkat empat. SPRM membuat

E-Hailing Kini Sah Di Malaysia

Perkhidmatan e-hailing kini secara rasminya sah di sisi undang-undang negara ini. Setiap operator perkhidmatan tersebut dikehendaki untuk memiliki lesen perniagaan pengantaraan yang dikeluarkan oleh badan penguatkuasa. Perkara tersebut merupakan antara pindaan ke atas Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Akta Lembaga Pelesesan Kenderaan Perdagangan 1987 yang diluluskan di Dewan Rakyat pada Khamis. Lesen

Kemelut FGV Tiada Kaitan Dengan Saya

Bekas Pengerusi Felda Global Ventures (FGV), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menafikan terlibat dengan kemelut yang melanda dalam syarikat berkenaan. Katanya, selama ini beliau dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya untuk memberikan keterangan berhubung isu tersebut dan tindakan berkenaan adalah wajar. “Saya tiada kes, saya hanya dipanggil untuk beri keterangan

Tindakan Penalti Kepada Pengendali E-Hailing Langgar Undang-Undang – SPAD

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan penalti terhadap pengendali perkhidmatan e-hailing atau pemandunya serta menyita kenderaan pemandu jika didapati melanggar undang-undang. Kenyataan SPAD yang merujuk kepada dakwaan kes rompakan oleh pemandu Uber terhadap seorang penumpang wanita di Puchong, Ahad lalu itu menyebut bahawa walaupun kejadian itu diklasifikasikan

Kerajaan Akan Teliti Isu Pengharaman Dego Ride

Kerajaan tidak akan mengambil sikap terburu-buru dalam memuktamadkan keputusan untuk mengharamkan perkhidmatan Dego Ride. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri yang menyifatkan perkhidmatan Dego Ride sebagai sesuatu yang kreatif berkata, perkara itu perlu diteliti terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. "Kabinet tak ada kata setuju atau tidak setuju, belum

Kerajaan Sedia Dengar Bantahan Pengusaha Bas Ekspres

Kerajaan bersedia mendengar bantahan pengusaha bas ekspres yang tidak bersetuju dengan syarat mewajibkan pemandu bas kedua bagi perjalanan melebihi empat jam atau 300 kilometer. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai bagaimanapun menegaskan bantahan itu mesti disertakan dengan cadangan dan pandangan bersesuaian yang boleh menjamin keselamatan penumpang serta pengguna jalan raya. "Kita

Mohon Orang Ramai Lapor Kepada SPAD

Orang ramai dinasihatkan segera membuat laporan jika didatangi pemandu Uber atau GrabCar yang cuba memujuk mereka supaya menggunakan perkhidmatan penghantaran yang ditawarkan tanpa menggunakan aplikasi tempahan secara sah. Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata antara tindakan mudah dan cepat pengguna yang dapat membantu pihak penguatkuasa

Lesen Perkhidmatan Goldstar Express Digantung

Lesen perkhidmatan Goldstar Express (M) Sdn Bhd, pengendali bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan di KM137.3 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Kampung Jayor, Pagoh Johor pagi Sabtu, digantung serta-merta. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam satu kenyataan berkata keputusan itu diambil sehingga siasatan lengkap atas sebab-sebab keselamatan penumpang dan membolehkan siasatan daripada

Top