Anda di sini!
Utama > Posts tagged "rohingya"

Kerajaan Terengganu Sumbang RM2.3 Juta Kepada Mercy Malaysia

KUALA LUMPUR, Kerajaan negeri Terengganu menyumbangkan sebanyak RM2.3 juta kepada Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) untuk kegunaan dan keperluan pelarian Rohingya di Cox’s Bazar Bangladesh. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata pemberian ini adalah hasil kutipan dan derma kerajaan negeri dan rakyat sebagai tanda simpati dan sokongan

Malaysia Desak Myanmar Selesai Isu Penindasan Rohingya

Malaysia menuntut Myanmar menyelesaikan segera isu penindasan ke atas etnik pelarian Rohingya sebelum ia bertambah parah. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia tidak memusuhi Myanmar kerana kedua-duanya adalah negara anggota ASEAN. Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, isu itu harus diselesaikan segera kerana ia penting di

Hospital Medan Tajaan Malaysia Siap Sepenuhnya Esok

Hospital medan tajaan Malaysia yang mula dibina semalam berhampiran kem pelarian etnik Rohingya di sini, kini siap 30 peratus dan dijangka siap sepenuhnya esok. Hospital medan yang setaraf hospital daerah berpakar bernilai RM3.5 juta dengan keluasan 100 x 70 meter itu terletak di wilayah Ukhiya, kira-kira 10 minit perjalanan dari kem-kem

62,153 Etnik Rohingya Di Malaysia

KUALA LUMPUR, Sejumlah 62,153 etnik Rohingya berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) berada di Malaysia setakat 30 Sept lalu, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata daripada jumlah itu, 53,811 adalah pelarian manakala 8,342 adalah pemohon suaka. "Untuk

Wisma Putra Sahkan Penahanan Wartawan Malaysia Di Myanmar

KUALA LUMPUR, Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa seorang wartawan wanita warganegara Malaysia ditahan pihak berkuasa Myanmar pada Jumaat (27 Okt) kerana dikatakan melakukan penggambaran video menggunakan dron di Bangunan Hluttaw di Nay Pyi Taw tanpa kebenaran pihak berkuasa. Menurut kenyataan kementerian itu hari ini, Mok Choy Lin, yang bekerja dengan Turkish

Wanita Rohingya Terdedah Kepada Perniagaan Seks

COXS BAZAR, Ketika kebanyakan wanita Rohingya bergelut di kem penuh sesak di Bangladesh, mereka turut terdedah kepada perniagaan seks yang menawarkan wang tunai ketika terdesak. Industri seks berkembang pesat di kem Kutupalong, terbesar di Bangladesh. Kebanyakan pekerja seks adalah pelarian yang sudah lama menetap di situ. Empat wanita memasuki pondok lumpur bersih,

Hubungan Diplomatik Malaysia-Myanmar Kekal

Malaysia tidak akan terburu-buru memutuskan hubungan diplomatik dan pelaburan serta perdagangan dengan Myanmar sebagai protes kekejaman pimpinan negara itu terhadap etnik Rohingya. Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata langkah drastik berkenaan dikhuatiri memburukkan keadaan dan menutup ruang buat Malaysia membantu etnik Rohingya yang ditindas di Rakhine. Berdasarkan kajian,

Erdogan Sambut Baik Saranan Malaysia

ISTANBUL, Negara Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) menyahut seruan Malaysia untuk mengambil langkah proaktif membantu etnik Rohingya dalam apa juga bentuk. Komitmen itu dinyatakan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, selaku Pengerusi Sidang Kemuncak D-8 Kesembilan, yang berakhir semalam. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Erdogan mahu negara Islam

Myanmar Gagal

Kerajaan Myanmar gagal mematuhi tanggungjawab antarabangsa dan melindungi etnik Islam Rohingya daripada kekejaman di Rakhine, kata dua penasihat khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam. Kenyataan daripada penasihat PBB mengenai pencegahan pembunuhan beramai-ramai, Adama Dieng, dan penasihat khas mengenai tanggungjawab melindungi, Ivan Simonovic, menegaskan masyarakat antarabangsa juga gagal bertindak terhadap krisis itu. "Di

Isu Rohingya Adalah Isu Kemanusiaan Sejagat

COX'S BAZAR, Malaysia tidak pernah berhasrat untuk campur tangan dalam hal ehwal dalaman Myanmar ketika membangkitkan isu etnik Rohingya di negara itu tetapi ia adalah isu kemanusiaan serantau dan sejagat yang perlu diberi perhatian. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hasil lawatan beliau ke kem pelarian Rohingya

Top