Anda di sini!
Utama > Posts tagged "rasuah"

Koperal Mengaku Tidak Bersalah Minta RM500

KUALA TERENGGANU, Seorang koperal polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meminta suapan RM500 daripada seorang penunggang motosikal minggu lalu. Ruslan Deraman, 56, didakwa melakukan kesalahan itu di Balai Polis Wakaf Tapai, Marang bagi melepaskan Roslan Abd Aziz dan motosikal jenis SYM milik isterinya daripada

2 Anggota Polis Didakwa Terima Rasuah

SEREMBAN, Dua anggota polis berpangkat koperal dan konstable mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM10,000, daripada seorang peniaga, empat tahun lepas. Koperal Mohd Fairuz Abd Jalil, 37, dan Konstable Norfazlizan Mat Zain, 34, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Fathiyah Idris. Mengikut

SPRM Mula Siasatan Dewan Terbuka Bagan Datuk

KOTA BHARU, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan hari ini berhubung tuntutan kos pembinaan Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Melintang, Perak, yang didakwa tidak setimpal dengan hasil dibina. Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata arahan dikeluarkan kepada Pengarah SPRM Perak supaya dibuat siasatan sama

Timbalan Pengetua MRSM Ditahan SPRM

KUALA LUMPUR, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang timbalan pengetua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kubu Bharu, Selangor bagi membantu siasatan berhubung pemberian kerja pembekalan barang keperluan pelajar kepada pihak berkepentingan. Sumber SPRM berkata timbalan pengetua terbabit ditahan  selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor. Turut ditahan ialah anak suspek yang berusia 24 tahun dan seorang pemilik syarikat berusia 40 tahun, juga selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor. Ketiga-tiga mereka ditahan antara pukul 4.30 petang dan pukul

Penjawat Awam Ditahan Bantu Siasatan Kes Rasuah

LANGKAWI, Dua penjawat awam, seorang daripadanya penolong pegawai undang-undang di sebuah jabatan kerajaan di sini direman enam hari bagi membantu siasatan kes rasuah. Perintah reman yang bermula hari ini dikeluarkan Majistret Nurshahida Abdul Rahim di Mahkamah Majistret Langkawi di sini hari ini. Penolong pegawai undang-undang berumur 31 tahun dan penolong operasi berumur 30 tahun itu ditahan di sebuah restoran di sini kira-kira 2.28 petang semalam berikutan aduan daripada seorang  individu yang bekerja sendiri berumur 50 tahun. Menurut fakta kes yang dikemukakan Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

APMM Tidak Kompromi Dengan Gejala Rasuah

KOTA KINABALU, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengambil langkah untuk memelihara integriti pegawai dan anggotanya termasuk mendekati kakitangan bagi memastikan mereka tidak terjebak dengan jenayah rasuah. Ketua Pengarahnya Datuk Seri Zukifli Abu Bakar berkata APMM tidak akan berkompromi dengan gejala rasuah dan sentiasa berusaha menjadikan APMM sebuah agensi yang bersih dan berintegriti. "Kita ada pegawai menyelia mereka yang berpotensi untuk melakukan jenayah rasuah seperti mereka yang didapati mempunyai banyak hutang dan menjalani kehidupan mewah juga akan dipantau. "Selain itu,

Pegawai Pengiring Didakwa Terima Rasuah RM3,000

KUALA LUMPUR, Seorang pegawai pengiring mengaku tidak bersalah  di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperoleh rasuah wang tunai berjumlah RM3,000 daripada seorang penjual nombor ekor, Februari tahun lepas. Muhammad Redzuan Rusmi, 29, didakwa telah secara rasuah memperoleh untuk dirinya satu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM3,000 daripada Ang Chee Keong, sebagai dorongan

KEMUDI Kelab Media Pertama Tandatangan IBR

KOTA BHARU, Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi kelab media pertama di negara ini yang menyahut seruan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR). Pengarah SPRM Kelantan Datuk Moh Samsuddin Yusof berkata 150 anggota kelab tersebut yang mewakili 16 agensi media dianggotai wartawan, jurugambar, jurukamera dan kakitangan pengurusan pejabat masing-masing hadir melafazkan ikrar bagi memastikan organisasi

SPRM Cari Individu Untuk Bantu Siasatan

PUTRAJAYA, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki bernama Kalaichelvan Selvarajee bagi membantu siasatan kesnya. SPRM dalam kenyatan hari ini berkata alamat terakhir lelaki berusia 31 tahun itu adalah di No. 118 Blok N, Perumahan Awam Kos Rendah, Jalan Bemban II, Batu Gajah, Perak. Sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai

Pekerja Pakistan Didakwa Beri Suapan Kepada Anggota Polis

KUALA TERENGGANU, Seorang pekerja ladang warga Pakistan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini kerana memberi suapan RM200 kepada anggota polis 8 Jan lalu. Tertuduh, Zeb Gulab, 24, didapati memberi suapan tersebut kepada Lans Koperal Sebri Shukri pada kira-kira 8.30 malam dalam mukim Kijal, Kemaman, sebagai dorongan untuk tidak dikenakan tindakan atas

Top