Anda di sini!
Utama > Posts tagged "pyongyang"

PBB Tahan Kapal Korea Utara

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menyekat empat kapal Korea Utara ke pelabuhan antarabangsa, kerana disyaki membawa atau mengangkut barang yang dilarang oleh sekatan antarabangsa yang menyasarkan Pyongyang, kata diplomat kepada AFP. Larangan itu membabitkan kapal Ul Ji Bong 6, Rung Ra 2, Sam Jong 2 dan Rye Song Gang

Moscow, Pyongyang Selesai Cara Aman Krisis Senjata

Moscow sedia bekerjasama dengan Pyongyang mencari jalan penyelesaian aman bagi mengakhiri krisis peluru berpandu Korea Utara. Kenyataan itu dikeluarkan susulan mesyuarat antara Duta Besar Russia, Oleg Burmistrov dan Ketua Pengarah Jabatan Amerika Utara, Kementerian Luar Korea Utara, Choe Son-hui. Menurut Kementerian Luar Russia, Son-hui turut mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Luar Russia,

Xi Jinping Hubungi Trump Redakan Konflik AS – Pyongyang

Selepas Amerika Syarikat (AS) mempertahankan amaran kerasnya terhadap tindakan Korea Utara berhubung penggunaan senjata nuklear balistik, akhirnya Presiden China tampil meredakan ketegangan. Xi Jinping menelefon rakan sejawatnya, Donald Trump baru-baru ini. Beliau menyuarakan gesaan supaya konflik nuklear Korea Utara diselesaikan secara aman dan mahu semua pihak bertenang serta mengelak melakukan sebarang tindakan

Kanada Adakan Rundingan Bebaskan Seorang Rakyatnya

KANADA, Seorang pegawai tinggi Kanada berada di Pyongyang untuk berunding berhubung pembebasan seorang rakyat negara itu yang kini ditahan di Korea Utara, lapor agensi berita China Xinhua. Memetik laporan Canadian Broadcasting Corporation (CBC), perkara itu disahkan oleh jurucakap Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau. Sementara itu, Media Pyongyang melaporkan penasihat keselamatan dan kebangsaan

PBB Timbang Sekatan Baharu Terhadap Korea Utara

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berpendapat terdapat "kemungkinan besar" untuk mengenakan sekatan baharu ke atas Korea Utara sebagai tindak balas terhadap tindakan negara itu melancarkan peluru berpandu, kata Presiden majlis Elbio Rosselli, lapor agensi berita China Xinhua. Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan tertutup bersama 15 anggota Majlis Keselamatan berhubung

Korea Selatan Hantar Wakil Khas

Korea Selatan akan menghantar wakil khas ke lima negara untuk bertukar pandangan mengenai cara membangunkan hubungan yang lebih rapat di bawah kerajaan presiden baharu, Moon Jei-in. Rumah Biru dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam memberitahu, delegasi tersebut akan dihantar ke Amerika Syarikat (AS), China, Rusia, Jepun dan Jerman untuk bertemu pegawai berpangkat

Jepun – AS Mula Latihan Ketenteraan Bersama

Dua kapal pemusnah Jepun memulakan latihan dengan kumpulan penyerang Amerika Syarikat (AS) Carl Vinson di Pasifik Barat, semalam selepas ia menghampiri Semenanjung Korea. Kapal perang Samidare dan Ashigara meninggalkan barat Jepun, Jumaat lalu untuk menyertai Carl Vinson bagi menunjukkan perpaduan ketika AS menghadapi Korea Utara berhubung program peluru berpandu balistik dan

Malaysia Tidak Tutup Pejabat Kedutaan Di Korea Utara

Malaysia tetap meneruskan hubungan diplomatik dengan kerajaan Korea Utara dan tidak akan bertindak menutup kedutaan di negara itu, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia juga berharap Pyongyang mengambil tindakan sama. "Kita tidak berhasrat untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Korea Utara dan kita harap Korea Utara akan

Sembilan Rakyat Malaysia Selamat Tiba Di Kuala Lumpur

Sembilan rakyat Malaysia yang sebelum ini dihalang daripada meninggalkan Korea Utara susulan perbalahan diplomatik antara Kuala Lumpur dan Pyongyang selamat tiba di tanah air, awal pagi ini. Kesemua petugas kedutaan Malaysia di Pyongyang dan ahli keluarga masing-masing, yang menaiki pesawat khas, tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Korea Selatan Puji Cara Malaysia Kendalikan Kes Jong -Nam

Keselamatan rakyat Malaysia di Korea Utara untuk pulang ke negara ini dengan selamat menjadi keutamaan Korea Selatan, kata Speaker Parlimen negara itu, Chung Sye-kyun. Ahli politik Korea Selatan itu berkata beliau yakin sembilan lagi rakyat Malaysia yang terdiri daripada kakitangan diplomatik dan ahli keluarga mereka akan pulang tidak lama lagi. "Perkara paling

Top