Anda di sini!
Utama > Posts tagged "Politik"

Tindakan Mahfuz Melanggar Tatatertib

KUANTAN, Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah murka dan tersinggung dengan tindakan pihak yang menghina dan menularkan rakaman video ayahanda baginda di media sosial. Baginda turut menyifatkan tindakan Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang didakwa menghina dan memperlekehkan Sultan Pahang dalam ceramah politiknya sebagai melanggar tatatertib. "Saya tidak hendak bercakap banyak tetapi kalau kita dengar dan lihat percakapannya

Calon PM Harus Tunjuk Contoh Yang Baik

KUALA LUMPUR, Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad seharusnya adalah orang pertama menunjukkan contoh yang baik dan tidak menyalahgunakan kuasa atau melanggar undang-undang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. Beliau berkata Dr Mahathir merungut beliau tidak dibenarkan untuk melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim

Pakatan Dalam Keadaan Celaru

KOTA KINABALU, Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berkata penolakan PKR Selangor terhadap keputusan Pakatan Harapan mencalonkan pengerusi Parti  Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri menunjukkan dengan jelas pembangkang berada dalam keadaan bercelaru. Katanya tindakan mencalonkan Dr Mahathir untuk kembali menjadi perdana menteri bertentangan dengan slogan 'Reformasi' yang terus dilaung beberapa penyokong PKR pada konvensyen Pakatan semalam. "Jelas sekali, beberapa penyokong PKR masih berpegang  teguh dengan 'Reformasi', yang diperjuangkan sebaik sahaja Tun Mahathir menyingkirkan dan menyumbat ketuanya (Datuk Seri) Anwar Ibrahim

PKR Bantah Mahathir Jadi Perdana Menteri

PKR didakwa membantah pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan diterajui DAP memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Sebuah akhbar hari ini dalam laporannya mempersoalkan siapa sebenarnya calon Perdana Menteri berikutan mesyuarat Majlis Pakatan Harapan semalam gagal mencapai kesepakatan berhubung perkara berkenaan. Menurut laporan itu, walaupun dalam mesyuarat

Pemimpin Muda MIC Mendahului PM

Oleh : Abdullah Karim PRESIDEN MyPPP, Tan Sri Kayveas amat terkilan apabila ada orang tertentu dalam MIC mendakwa kerusi Parlimen Cameron Highlands menjadi milik parti itu. Padahal semua orang tahu bahawa parti tersebut sudah tidak bernyawa lagi apabila wakil rakyatnya sudah berstatus parti bebas. Dengan lain-lain perkataan apabila wakil rakyat itu sudah tidak

Ketua Pemuda MCA Bakal Calon Seremban

SEREMBAN, MCA akan meletakkan Ketua Pemudanya Senator Datuk Chong Sin Woon untuk bertanding di kerusi Parlimen Seremban pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai. Liow berkata pemilihan Chong yang juga Timbalan Menteri Pendidikan adalah berdasarkan gerak kerja beliau selain dilihat mempunyai komitmen tinggi

Pengundi BTR Mahu Calon UMNO

FOKUS PRU-14 BANDAR TUN RAZAK Oleh: Abdullah Karim KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak (BTR) Datuk Rizalmam Mokhtar berkata sebagai Ketua Umno Bahagian beliau meraikan segala pandangan dan kemahuan peringkat akar umbi. Katanya apa yang disuarakan oleh Kelab Veteran Umno Bandar Tun Razak merupakan cetusan sabahagian suara dan kehendak orang Melayu

Saya Bukan Cari Glamour – Dira

Oleh : Abdullah Karim KUALA LUMPUR, Pelakon Dira Abu Zahar memberitahu Datuk Sheila Majid lain kali kalau mahu bercakap mengenai sesuatu perkara yang melibatkan kempimpinan negara carilah gelanggang yang betul. Bukan dengan mengunakan media massa dan media elektronik untuk menghentam Perdana Menteri. "Saya menegur Sheila ditempat yang betul iaitu di pentas Umno," katanya

Perak Akan Tetap Aman Di Bawah BN

PASIR SALAK, Rakyat Perak dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan dakwaan kononnya negeri itu akan jatuh ke tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata dakwaan sedemikian adalah perkara biasa yang dilakukan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) demi meraih undi

Wanita Perlu Bersedia Hadapi Revolusi Perindustrian 4.0

KUALA LUMPUR, Puteri UMNO menyuarakan kebimbangan terhadap keupayaan wanita meneruskan kelangsungan hidup dalam keadaan dunia menuju era Revolusi Perindustrian 4.0. Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata walaupun pelbagai inisiatif disediakan kerajaan, pemerkasaan wanita amat bergantung kepada usaha individu untuk membentuk diri menjadi lebih berdikari. Katanya, bantuan keusahawanan kepada wanita seperti MyWin Academy,

Top