Anda di sini!
Utama > Posts tagged "online news"

Isu Cukai Pelancongan Selesai – TPM

Pergeseran antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dengan kerajaan negeri Sarawak dan Sabah berhubung pelaksanaan Cukai Pelancongan telah selesai, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menurutnya, perkara itu telah dibincang dan dipersetujui secara bersama oleh pihak yang berkenaan semasa mesyuarat jemaah menteri,

Ali Baba Sasar Pasaran Asia Tenggara

Platform membeli-belah dalam talian, Alibaba Group, bagi barangan China, Tmall World, menyasarkan Asia Tenggara yang mempunyai kira-kira 500 juta penduduk. Pengarah Tmall World, Elaine Hu berkata di Asia Tenggara, Malaysia mengalami pertumbuhan pesar dari segi pengguna baharu hasil daripada penawaran dan promosi produk yang baik selain faktor logistik. "Kami memberi tumpuan ke

KPN Tidak Akan Lindungi Diri Dan Keluarga Jika Terbabit Kegiatan Salah

KUALA LUMPUR, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak akan melindungi diri sendiri dan keluarganya sekiranya ada bukti pembabitan mereka dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang. Khalid berkata beliau tidak akan bersekongkol dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang dan akan memberi kerjasama penuh dengan pasukan siasatan sekiranya dakwaan berkenaan disiasat. "Orang kenal

Blok 404 Mula Penggambaran

Filem Blok 404, yang diangkat daripada telefilem bercorak cemas menggunakan judul sama 14 tahun lalu, memulakan proses penggambarannya sejak 8 Jun lalu. Ketika diedarkan dalam bentuk video cakera padat (VCD) sekitar 2003, telefilem Blok 404 pernah mencetuskan fenomena dalam kalangan peminat. Selain mengekalkan pelakon asal seperti Zamarul Hisham, Raja Azrey, Datuk Boy

KPDNKK Senarai 21 Harga Kawalan Musim Perayaan

PUTRAJAYA, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyenaraikan 21 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bersempena Hari Raya Puasa tahun ini. Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kawalan itu akan berkuat kuasa dari 16 Jun hingga 30 Jun ini iaitu selama 14 hari melibatkan lapan hari

Kolaborasi Air Asia Dan Naelofar Hijab

KUALA LUMPUR, Juruterbang wanita bertudung AirAsia dan AirAsia X kini mengenakan Hijab Naelofar berwarna putih bagi memenuhi keperluan harian mereka, hasil usaha sama syarikat penerbangan dan jenama hijab terkemuka, Naelofar Hijab. "Buat julung kalinya AirAsia bekerjasama dengan pereka hijab untuk menghasilkan hijab bagi juruterbang wanita kami yang bertudung. Kami kini merancang

Saham Asia Dalam Aliran Menurun

Saham Asia berada dalam aliran menurun apabila pelabur mengurangkan risiko berikutan kejadian beberapa krisis politik dan ekonomi, minggu ini. Indeks meluas saham MSCI Asia Pasifik di luar Jepun susut 0.2 peratus selepas mencapai paras tinggi dua tahun pada Isnin. Dagangan awal di pasaran Asia, seperti Australia dan Jepun juga adalah lebih rendah. Kebanyakan

Kerajaan Sasar Lahirkan 125,000 Huffaz Menjelang 2050 – TPM

MELAKA, Kerajaan menyasarkan untuk melahirkan 125,000 Huffaz seluruh negara menjelang tahun 2050 melalui dasar Transformasi Nasional 2050 (TN50), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata sasaran itu adalah penting buat Malaysia bagi melahirkan sebuah generasi yang mampu membangunkan sebuah negara yang sejahtera, aman, harmoni dan mendapat

TPM Arah Perhimpunan ‘Jerusalem Jubilee’ Diharamkan

IPOH, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan pihak Polis Diraja Malaysia supaya mengharamkan perhimpunan Jerusalem Jubilee yang dijadual diadakan di Melaka dari 15 hingga 18 Jun ini. Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan penganjuran perhimpunan itu hanya akan melukakan hati umat Islam jika ia dibenarkan berlangsung. "Bila

Masjid Perlu Dijadikan Institusi Pembelajaran Sepanjang Hayat – TPM

IPOH, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata masjid perlu dijadikan institusi pembelajaran sepanjang hayat dan bukan sebagai tempat meraikan perbezaan pendapat. Beliau berkata walaupun terdapat perbezaan ideologi dan parti dalam kalangan jemaah masjid, ia perlu diatasi secara beradab. "Masjid mesti jadi tempat ibadah, tempat perpaduan untuk menimba ilmu,

Top