Anda di sini!
Utama > Posts tagged "malaysian insight"

Polis Tumpaskan Sindiket Culik Tuntut Tebusan RM3 Juta

IPOH, Polis berjaya menumpaskan kes penculikan seorang pelajar sekolah di Taiping membabitkan tuntutan wang tebusan RM3 juta. Intipan dilakukan dalam tempoh lima hari dan polis juga berjaya menahan semua suspek terbabit. Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan, berkata remaja lelaki itu diculik di Taiping kira-kira jam 8 malam pada 2 September lalu

KWSP Mungkin Rugi Jika Jual Plus

Kebimbangan bahawa kira-kira 14.5 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mungkin hilang aliran pendapatan dividen yang kukuh sekiranya dana pencen itu menjual 49 operatus kepentingnya dalam syarikat pengendali lebuh raya, PLUS Malaysia Bhd, kini semakin meningkat. Kebimbangan ini semakin meraih momentum susulan laporan berita bahawa usahawan Tan Sri Abu Sahid

Bomba Terengganu Sentiasa Periksa Pusat Tahfiz

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu sudah memeriksa 12 daripada 47 sekolah pondok dan pusat tahfiz yang berdaftar sepanjang tahun ini. Pengarah JBPM Terengganu Azlimin Mat Nor menjangka kesemua 47 madrasah itu akan selesai diperiksa sebelum penghujung tahun ini. "Hasil pemeriksaan di 12 sekolah pondok dan pusat tahfiz itu, kami berpuas hati dengan aspek keselamatan yang menepati piawaian

Bibi Ramjani Diumumkan Presiden Baharu KAFA

Usahawan wanita, Bibi Ramjani Ilias Khan diumumkan sebagai Presiden baharu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi penggal 2017-2021 pada Kongres Tahunan KAFA ke-63. Bibi Ramjani memperoleh sebanyak 32 undi sekali gus menewaskan Muhammad Nasir yang juga Naib Presiden KAFA memperoleh 19 undi. Kemenangan itu menyaksikan Bibi Ramjani mencipta sejarah apabila menjadi wanita

Khatijah Ibrahim Dan Ramli Sarip Bakal Bergabung Semula

Tiga dekad selepas lagu duet, Doa Buat Kekasih 'meledak' di corong radio, pasangan penyanyi, Datuk Khatijah Ibrahim dan Datuk Ramli Sarip akan meraikan ulang tahun lagu cinta itu dalam konsert istimewa. Khatijah memberitahu, dia sudah lama mengimpikan mahu meraikan ulang tahun lagu istimewa itu dengan Ramli dalam konsert. "Saya juga sedang mengusahakan

Trend Jadikan Kondo Mewah Pusat Pelacuran

JOHOR BAHRU, Kewujudan pusat pelacuran yang berselindung dengan nama spa atau rumah urut di perumahan berstrata atau kondominium mewah menjadi trend. Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata tindakan pengusaha spa yang menjalankan kegiatan pelacuran dalam kawasan perumahan berstrata bagi melindungi kegiatan tidak bermoral itu dihidu pihak berkuasa. Katanya, beliau

Harry Redknapp Dipecat

Pengurus veteran, Harry Redknapp dipecat oleh kelab divisyen dua Birmingham City semalam, selepas kalah 1-3 di laman sendiri di tangan Preston North End, perlawanan ke-13 kendaliannya. Pengendali berusia 70 tahun itu, yang pernah turut melatih Tottenham Hotspur dan Portsmouth sebelum ini, dianggap sebagai penyelamat buat seketika apabila beliau membantu Birmingham kekal

Abe Timbang Pilihanraya Awal

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, mempertimbang mengadakan pilihan raya seawal bulan depan, mengambil kesempatan peningkatan sokongan terhadapnya dan perpecahan dalam parti pembangkang utama. Sokongan terhadap Abe meningkat kepada 50 peratus berdasarkan beberapa tinjauan, dibantu kemarahan penduduk awam berhubung pelancaran peluru berpandu dan ujian nuklear. Kekecohan dalam Parti Demokratik, yang bergelut dengan sokongan

Lebih RM60 Juta Sudah Disalurkan Kepada Sekolah Tahfiz

Sebanyak RM65,278,640 daripada RM80 juta dana bantuan sekolah pondok dan institusi tahfiz daripada Kerajaan Persekutuan sudah disalurkan kepada 129 sekolah pondok, 99 Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan 328 pusat tahfiz. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha, berkata baki RM14,488,240 lagi akan disalurkan kepada 243 institusi

Kebakaran Tahfiz : Bukit Aman Turun Ke Lokasi

Enam pegawai penyiasat dari Bukit Aman memasuki bangunan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, di sini, pada jam 1.30 tengah hari tadi. Kumpulan pegawai itu, termasuk seorang pegawai wanita meninjau dan memeriksa sekitar kawasan premis berkenaan, dipercayai untuk menjalankan siasatan berhubung kejadian itu. Mereka mengambil masa kira-kira 20 minit dan

Top