Anda di sini!
Utama > Posts tagged "london news"

May Berisiko Dipecat

Seramai 40 Ahli Parlimen Parti Konservatif Perdana Menteri, Theresa May, menandatangani surat tidak percaya terhadap kepemimpinan beliau, lapor akhbar Sunday Times. Bagaimanapun, ia kekurangan lapan Ahli Parlimen bagi membolehkan kepemimpinan beliau dicabar. Mekanisme itu boleh menyebabkan May dipecat dan digantikan Ahli Parlimen Parti Konservatif lain. Pada pilihan raya awal 8 Jun lalu, May

Lukaku & Morata Tumpuan Aksi Chelsea-United

Alvaro Morata dan Romelu Lukaku berdepan tekanan untuk menjulang pasukan mereka kembali ke landasan memburu gelaran liga, apabila dua penyerang yang sedikit merudum ini bakal terbabit dalam pertembungan Chelsea - Manchester, esok. Penyerang Chelsea, Morata dan peledak United, Lukaku - kedua-duanya melonjak dengan ledakan gol di awal musim selepas berpindah ke

Spurs Ada Aura Juara

Tottenham Hotspur membuktikan betapa mereka kini adalah calon utama menjuarai Liga Juara-Juara susulan kejayaan menumbangkan Real Madrid 3-1 dalam aksi peringkat kumpulan, awal pagi tadi. Muncul sebagai pasukan paling konsisten di England sejak dua tahun lalu, Spurs hanya tidak bernasib baik untuk terlepas gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) 2015/16 kepada Leicester

Harry Redknapp Dipecat

Pengurus veteran, Harry Redknapp dipecat oleh kelab divisyen dua Birmingham City semalam, selepas kalah 1-3 di laman sendiri di tangan Preston North End, perlawanan ke-13 kendaliannya. Pengendali berusia 70 tahun itu, yang pernah turut melatih Tottenham Hotspur dan Portsmouth sebelum ini, dianggap sebagai penyelamat buat seketika apabila beliau membantu Birmingham kekal

Aisberg Seberat Satu Trilion Tan Terpisah Dari Glasier

Salah satu aisberg terbesar dalam sejarah terpisah dari glasier Antartika. Keadaan itu menjejaskan kapal-kapal di sekitar benua itu. Aisberg seberat satu trilion tan yang berukuran 5,800 kilometer persegi terpisah dari pentas ais Larsen C di Antartika antara 10 dan 12 Julai lalu. Perkara itu disahkan saintis di Universiti Swansea dan Penyelidikan Antartik British. Aisberg

Mesej Mourinho Kepada Rooney

Bos Manchester United, Jose Mourinho menyampaikan mesej istimewa buat Wayne Rooney selepas penyerang kebangsaan England itu menamatkan 'hubungan indah' selama 13 tahun dengan The Red Devils dan kembali menyertai Everton. The Toffees mengumumkan perpindahan rasmi Rooney pada Ahad selepas penyerang berusia 31 tahun itu menandatangani kontrak selama dua tahun dengan kelab

Camden Market Terbakar

LONDON, Pusat tumpuan pelancongan di London, Camden Market mengalami kebakaran awal pagi Isnin, lapor agensi berita China Xinhua. Menurut laman Twitter pasukan bomba dan penyelamat tempatan, usaha memadam kebakaran kini sedang dijalankan melibatkan 70 anggota bomba dan penyelamat dan dibantu 10 jentera. Api marak membakar tingkat satu hingga bumbung bangunan itu. Sementara itu,

Mourinho Intai “Killer” Depan Gol

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mengakui skuadnya kekurangan 'pembunuh' di depan gol sekaligus menunjukkan minat untuk membeli penyerang baharu. United mencatat jumlah gol paling rendah dalam kelompok tujuh kelab terbaik Liga Perdana Inggeris setakat ini. Zlatan Ibramovic merupakan penjaring terbanyak kelab dengan 27 gol bagi semua perlawanan dan Mourinho tertanya-tanya sama ada

Proses Brexit 29 Mac Ini

Perdana Menteri Britain, Theresa May akan memulakan proses Brexit pada 29 Mac ini, sekali gus melancarkan rundingan selama dua tahun yang paling kompleks sejak Perang Dunia Kedua. Duta Britain ke Kesatuan Eropah (EU), Tim Barrow memaklumkan tarikh itu kepada Presiden Majlis Eropah, Donald Tusk, kelmarin. Sementara itu, Menteri Brexit, David Davis berkata,

Top