Anda di sini!
Utama > Posts tagged "Liga Super"

Rozi Mamat Lega Terengganu Kembali Ke Liga Super

KUALA TERENGGANU, Pasukan Bola Sepak Terengganu kini dilihat mempunyai harapan baharu untuk bersinar selepas kembali layak menduduki Liga Super musim hadapan meskipun gagal menjuarai takhta Liga Perdana 2017. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Rozi Mamat berkata pada musim ini mereka hanya mahukan Terengganu mengekalkan momentum untuk kembali  beraksi di liga utama dan ia telah direalisasikan ketika Terengganu menundukkan PDRM

Bibi Ramjani Diumumkan Presiden Baharu KAFA

Usahawan wanita, Bibi Ramjani Ilias Khan diumumkan sebagai Presiden baharu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi penggal 2017-2021 pada Kongres Tahunan KAFA ke-63. Bibi Ramjani memperoleh sebanyak 32 undi sekali gus menewaskan Muhammad Nasir yang juga Naib Presiden KAFA memperoleh 19 undi. Kemenangan itu menyaksikan Bibi Ramjani mencipta sejarah apabila menjadi wanita

Bibi Mahu Lakukan Perubahan

Calon Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan berjanji akan melakukan perubahan besar jika diberi peluang menerajui persatuan - bermula dengan fokus kepada program peringkat akar umbi bagi mencungkil bakat baharu. Bagi mencapai hasrat itu, Bibi Ramjani menegaskan, sejumlah peruntukan akan diberikan kepada Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ)

‘Bakal Penjawat’ Buat Kenyataan ‘Main Angin’ – Annuar Musa

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa memberi bayangan seolah-olah berlaku perebutan bagi jawatan tertinggi badan induk bola sepak negeri itu. Jelas beliau, ada beberapa 'bakal penjawat' membuat kenyataan berbaur 'populis' dan 'main angin' tetapi menegaskan calon-calon tersebut bakal berdepan realiti sebenar apabila mereka mengisi jawatan tertinggi

KAFA Perlu Orang Berpengalaman

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) perlu dipimpin oleh anggotanya yang memiliki kepakaran dan pengalaman luas dalam mengemudi persatuan itu serta membantu keluar daripada kemelut kewangan yang dihadapinya. Naib Presidennya, Datuk Rosmadi Ismail percaya orang dalaman persatuan itu paling layak dan mampu memimpin badan induk bola sepak negeri itu bagi penggal 2017-2021. Untuk rekod, Tan Sri Annuar Musa telah melepaskan jawatan presiden KAFA, pada November tahun lepas dan timbalannya, Datuk Seri Afandi Hamzah, memangku

TRW Tuntut Keadilan

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mahu pihak pengurusan bola sepak negara, Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) berlaku adil terhadap isu yang dihadapi oleh persatuan itu ketika ini. Annuar berkata pihak pengurusan FMLLP tidak seharusnya melakukan sesuatu tindakan secara bebas tanpa mengadakan perbincangan bersama KAFA berkaitan

Imad Zatara Bakal Perkuat Pulau Pinang

Terdesak untuk bangkit di baki sembilan perlawanan Liga Super, Pulau Pinang menekan butang panik apabila dijangka membawa masuk tiga import baharu di jendela kedua pintu perpindahan pemain. Setelah bekas penyerang Gambia, Sanna Nyassi, Pulau Pinang kini hanya menunggu masa detik terbaik membawa masuk penyerang antarabangsa Palestin, Imad Zatara. Malah, skuad Harimau Kumbang

FMLLP Sekat Pendaftaran Pemain Import Baru TRW

Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) tidak membenarkan Pasukan Bola Sepak Kelantan (Kafa) melakukan perpindahan pemain import baharu sempena jendela perpindahan Liga Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam berkata, pihaknya hanya menerima satu surat permohonan daripada Kafa untuk seorang pemain luar negara sahaja yang ingin didaftarkan. “Kami tidak menerima surat

Tutup Mulut Kalau Sekadar Pandai Bercakap

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa membidas pihak tertentu yang sengaja mencetuskan polemik berhubung tindakan pasukannya menandatangani pemain import baharu, pada jendela perpindahan pertengahan musim Liga Malaysia (Liga-M) 2017. Annuar dipetik menerusi akaun Facebook miliknya hari ini melahirkan rasa berang apabila pihak berkenaan menggunakan isu tersebut sebagai

Tolak Ke West Ham Demi Kelantan

Kalau sudah jatuh cinta, siapa pun yang cuba merisik selepas itu pastinya akan berputih mata. Situasi ini dialami penyerang import baharu Kelantan, Abou Bakr Al-Mel atau lebih dikenali sebagai Bako yang sanggup menolak tawaran daripada kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), West Ham kerana mahu menyarung jersi Kelantan. Menurut pemain dari Lebanon itu,

Top