Anda di sini!
Utama > Posts tagged "JENAYAH"

14 Penagih Dadah Ditahan AADK Baling

BALING, Seorang tokan dadah yang aktif mengedar syabu di daerah ini, dicekup Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Baling dalam satu serbuan di Taman Tok Kaya, Pulai dekat sini. Pemangku Ketua Pegawai AADK, Nor Hajar Aswat Kamis berkata tokan berusia 33 tahun itu yang aktif di sekitar Pulai dan beberapa kawasan lain

Kes Curi Kenderaan Menurun 42%

KUALA LUMPUR, Kes kecurian pelbagai jenis kenderaan yang merentasi sempadan Malaysia-Thailand menurun 42 peratus daripada 2012 sehingga tahun lepas. Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata perkembangan positif itu hasil kerjasama pasukan polis kedua-dua negara yang akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi kepentingan bersama. Menurut Mohamad Fuzi, pada

Penganggur Warga Yaman Didakwa Cabul Kerani

PETALING JAYA, Seorang penganggur warga Yaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang kerani wanita, dua minggu lepas. Muhammad Ali Abdullah Al Masnaim, 33 , didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita yang berusia 26 tahun itu dengan niat hendak mencabul kehormatan dengan memegang

Padah Tawar Khidmat Seks Kepada Anggota Polis

KUALA LUMPUR, Seorang wanita dijatuhi hukuman denda RM1,500 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis. Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Julia Aso, 31, selepas dia mengaku bersalah menawarkan khidmat seks bagi maksud persundalan terhadap anggota polis itu dengan

Pemandu Teksi Ditahan Disyaki Samun Guna Pistol

GEORGE TOWN, Polis menahan seorang pemandu teksi dan merampas sepucuk pistol bersama 20 butir peluru hidup yang disyaki digunakan lelaki itu untuk menyamun, dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Nagalilit, Padang Serai di Kedah hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Zainol Abdul Samah berkata lelaki berusia 35

PDRM Sedia Timbang Permohonan Lanjutan Perjawatan Polis Bantuan

LANGKAWI, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia mempertimbangkan permohonan tempoh lanjutan daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta yang menghadapi kesukaran untuk memenuhi perjawatan dalam unit polis bantuan mereka. Ketua Penolong Pengarah Koordinasi Sumber Sokongan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan PDRM, SAC Datuk Mazlan Kesah hari ini berkata pertimbangan ini wajar memandangkan hanya kira-kira

6 Direman Bantu Siasatan Kes Bunuh

JOHOR BAHRU, Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan polis untuk menahan reman enam individu bagi membantu siasatan kes bunuh di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, di sini, Ahad lepas. Majistret Noor Aisyah Ahmad membenarkan reman selama tujuh hari bermula hari ini terhadap lima lelaki berumur lingkungan 20-an dan

Polis Berjaya Tumpaskan Rangkaian Edar Dadah Guna WeChat

KAJANG, Polis berjaya melumpuhkan rangkaian pengedaran dadah yang menjadikan aplikasi WeChat sebagai medium untuk mencari pelanggan dalam beberapa serbuan di sekitar Selangor sejak 2 Dis lepas. Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata 12 warga tempatan termasuk empat penuntut kursus kejuruteraan dari institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) terkemuka

Remaja Samun Tempat Kerja Sendiri Ditahan

KUALA LUMPUR, Seorang remaja berumur 17 tahun tidak sempat menikmati hasil samun apabila ditahan sejurus melakukan jenayah itu di sebuah kedai serbaneka tempat dia bekerja di Damansara Damai dekat sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira 9.15 malam itu, remaja lelaki berkenaan masuk ke stor dan berbual dengan rakan sekerjanya berusia 24 tahun

Duda Didakwa Rogol Pelajar Bawah Umur

KOTA BHARU, Seorang duda didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas dua pertuduhan merogol pelajar Tingkatan Tiga antara Mac sehingga November lalu. Tertuduh, Mohd Fakhrul Bazlie Mohamed Apandi, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol remaja perempuan

Top