Anda di sini!
Utama > Posts tagged "haji"

Boleh Tunai Haji Tanpa Mahram

Wanita India berusia 45 tahun dan melakukan perjalanan secara empat berkumpulan, berkemungkinan boleh menunaikan ibadat haji tanpa ditemani penjaga lelaki, tahun depan. Dasar itu dijangka berkuat kuasa selama lima tahun bermula 2018, jika dipersetujui kerajaan. Wanita yang menepati kriteria itu tidak perlu lagi ditemani mahram atau saudara terdekat seperti ayah, suami, saudara

Musim Haji Tahun Ini Berjalan Lancar

Tiada kemalangan besar atau kes kesihatan dilaporkan pada musim haji tahun ini, ketika umat Islam memasuki hari terakhir melakukan rukun Islam kelima itu. Rukun melontar di jamrah di bandar raya Mina yang bermula pada waktu subuh adalah lokasi rempuhan pada musim 2015 yang mengorbankan 2,300 jemaah dalam krisis terburuk melanda ibadat

Hal Agama Tak Wajar Dipolitikkan

PETALING JAYA, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta mana-mana pihak tidak mempolitikkan hal agama meskipun berbeza idea dan pandangan politik. Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri berkata semua pihak harus menggunakan landasan politik untuk memperkuat agama Islam. "Prinsip saya, kita boleh berbeza pendapat, boleh berbeza pegangan politik. Tetapi dalam hal ehwal agama, kita

Arab Saudi Buka Sempadan Untuk Jemaah Qatar

Arab Saudi akan membuka sempadan dengan Qatar untuk memberi akses kepada jemaah haji negara itu. Agensi berita Saudi, semalam melaporkan sempadan Salwa akan dibuka untuk membolehkan rakyat Qatar menggunakan laluan tersebut bagi mengerjakan Rukun Islam Kelima tanpa memerlukan kebenaran elektronik. "Pemerintah Saudi, Raja Salman Abdulaziz al Saud turut berbesar hati untuk menaja

Program Haji 1MDB Akan Diteruskan

Program Khas Haji Perdana Menteri di bawah Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak terjejas dan akan diteruskan, meskipun dipersoal sama ada mabrur atau tidak oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah berkata, perkara itu terbukti apabila jawatankuasa khas haji telah bersetuju menghantar

Berdosa Keluarkan Fatwa Tanpa Ilmu

Mana-mana pihak yang tidak tahu mengenai fatwa tetapi bertindak mengeluarkan sesuatu fatwa kepada orang ramai adalah melakukan satu dosa kerana berbuat demikian tanpa ilmu. Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata sekiranya fatwa yang dikeluarkan itu menyimpang daripada landasan Islam sebenar ia boleh mendatangkan fitnah sekali gus memecahbelahkan masyarakat. "Orang

Saudi Tingkat Tahap Keselamatan Elak Tragedi Mina Berulang

Pihak berkuasa Arab Saudi meningkatkan tahap keselamatan ketika hampir dua bilion jemaah haji melaksanakan ibadah melontar jamrah pada Isnin bagi mengelakkan tragedi rempuhan pada 2015 berulang. Portal Al Arabiya melaporkan, beribu-ribu anggota keselamatan, anggota pertahanan awam dan pasukan sukarelawan dikerah selain penggunaan dron dan gelang elektronik bagi memastikan tahap keselamatan jemaah

Caj Visa Bagi Haji, Umrah Kali Kedua Dan Seterusnya

Caj visa SR2,000 (kira-kira RM2,120) dijangka dilaksanakan pada Oktober bagi setiap permohonan untuk mengerjakan haji dan umrah, hanya melibatkan ibadat kali kedua dan seterusnya, menurut Lembaga Tabung Haji (TH) pada Khamis. TH dalam kenyataan berkata bagi sesiapa yang mengerjakan haji dan umrah buat pertama kali, tiada caj visa dikenakan. Kenyataan itu merujuk

Top