Anda di sini!
Utama > Posts tagged "george soros"

Soros Derma 2.1 Juta Kepada Kumpulan Bantah Brexit

Hartawan George Soros menderma AS$554,840 (RM2.1 juta) menerusi yayasan miliknya kepada kumpulan kempen yang berusaha untuk menyekat Brexit, kata pengerusi kumpulan itu semalam. "Yayasan George Soros bersama sejumlah lagi penderma utama turut menyumbang untuk kerja kami," kata bekas diplomat British, Mark Malloch-Brown yang juga pengerusi kumpulan kempen Best for Britain. Best for

Minta KPN Beri Perincian NGO Terima Dana Asing

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar akan diminta memberi perincian mengenai 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang disyaki menerima dana asing. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, buat masa ini beliau tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu. "Saya akan minta butirannya daripada IGP (Khalid) siapa 20

Polis Siasat Ambiga

Polis menyoal siasat Datuk Ambiga Sreenevasan selama kira-kira sejam di sini, Khamis berkaitan dengan Yayasan Masyarakat Terbuka (OSI) di mana ia sebahagian daripada Yayasan Masyarakat Terbuka (OSF) yang diasaskan jutawan George Soros. "Saya hanya tahu saya dipanggil sebagai bekas pengerusi Bersih berhubung dana dan OSI," katanya. Ambiga yang merupakan pengerusi Bersih 2.0 dari

Benarkan Organisasi Asing Biayai Aktiviti Politik Tidak Boleh Diterima – Salleh

Membenarkan organisasi asing membiayai aktiviti "politik" pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia adalah sesuatu yang tidak boleh diterima langsung, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. Beliau berkata ini sama seperti memberikan kebebasan kepada negara-negara asing untuk menjayakan agenda tersembunyi mereka di Malaysia yang merupakan sebuah negara berdaulat. Membenarkan

Bersatu Tentang Campur Tangan Asing – Salleh Keruak

Rakyat Malaysia perlu bersatu padu menentang campur tangan asing yang cuba mencampuri urusan untuk menentukan kepimpinan negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. Beliau berkata walaupun berlainan pendapat, rakyat Malaysia tidak boleh membenarkan mana-mana pihak asing mencampuri politik negara. "Kita harus bersatu padu dan memberi sokongan tidak

Malaysiakini Perlu Buat Laporan Polis Jika Terancam – KPN

Pihak Malaysiakini perlu membuat laporan polis sekiranya berasa terancam dengan rancangan kumpulan Baju Merah untuk mengadakan perhimpunan di pejabat portal berita itu pada Sabtu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan memantau perancangan kumpulan tersebut sama ada ia akan dilakukan atau tidak. "Jika Malaysiakini melihatnya seperti itu (terancam),

SKMM Turut Siasat Dana Asing Libatkan Portal Media – Salleh

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut menyiasat aduan berhubung penyaluran dana asing kepada portal berita tertentu dengan niat menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi di negara ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata laporan tersebut akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut. Beliau berkata pihaknya

Siasat Dakwaan George Soros Biaya Bersih – TPM

Maklumat yang mendakwa hartawan George Soros membiayai Bersih, Merdeka Center dan Malaysiakini perlu disiasat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata ia harus disiasat secara emperikal, iaitu berdasarkan pemerhatian dan ujian saintifik. "Soalnya bukan "siapa" dibiayai dan "kenapa". Apa yang harus

Top