Anda di sini!
Utama > Posts tagged "football"

Pertembungan Leipzig-Bayern Dijangka Panas

Peledak RB Leipzig, Marcel Sabitzer menjangkakan pertemuan yang menarik apabila Bayern Munich bertandang untuk kempen Piala Jerman, awal pagi Khamis ini. Menariknya, ia pertembungan pertama dalam tempoh empat hari membabitkan dua kelab gergasi Bundesliga itu. Leipzig berharap untuk memanfaatkan deretan masalah kecederaan dihadapi Bayern yang kehilangan beberapa bintang termasuk kapten, Manuel Neuer,

Shakespeare Dipecat

Pengendali Leicester City, Craig Shakespeare dipecat hari ini hanya selepas empat bulan mengambil alih skuad bekas juara Liga Perdana itu, media British melaporkan. Shakespeare mengisi kekosongan ditinggalkan Claudio Ranieri yang mencatat sejarah dengan membawa kelab itu menjuarai Liga Perdana pada musim 2015/2016 tetapi disingkirkan selepas bergelut di zon penyingkiran musim lalu. Shakespeare,

Panama Layak Ke Piala Dunia

Presiden Panama, Juan Carlos Varela mengisytiharkan cuti kebangsaan bagi meraikan kejayaan negara dari Amerika Tengah itu layak ke Piala Dunia buat pertama kalinya. "Ia adalah hari bersejarah buat negara. Esok (Khamis) akan menjadi hari cuti kebangsaan untuk sektor awam dan swasta," kata Varela menerusi Twitter, pagi tadi. Panama bangkit daripada ketinggalan untuk

Kecederaan Neymar Resahkan PSG

Hanya tiga hari menjelang perlawanan menentang Bayern Munich, kecederaan yang dialami Neymar mengusarkan pasukannya selepas sekadar seri ketika berdepan Montpellier, awal pagi Ahad. Jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Unai Emery menjangka Neymar dapat pulih daripada kecederaan kaki kanan bagi aksi Liga Juara-Juara pada Selasa ini selepas pasukannya bergelut seri 0-0 kerana ketika

Hanya Khabar Angin – Valverde

Pengurus Barcelona menafikan spekulasi mengenai Neymar. Ernesto Valverde menjawab spekulasi yang timbul mengenai Neymar yang dilaporkan akan berpindah ke Paris Saint-Germain (PSG). "Neymar bersama kami dan sudah tentu mahu dia kekal di sini. Selebihnya hanyalah khabar angin," jelas Valverde kepada pemberita pada sidang media di Red Bull Arena menjelang perlawanan pertama Barcelona

United Julang Piala Ke-3

Manchester United menutup musim 2016-2017 dengan menjulang trofi Liga Europa apabila mengalahkan Ajax Amsterdam. Dalam pertandingan yang berlangsung di Friends Arena, awal pagi Khamis, United menundukkan Ajax dengan dua gol tanpa balas. Gol kemenangan United diperolehi menerusi Paul Pogba dan Henrikh Mkhitaryan. Gelaran juara Liga Europa 2016/17 menjadi trofi ketiga yang berjaya dijulang United

United Ke Final Liga Europa

Manchester United memastikan tempat beraksi di final Liga Europa setelah menang dengan agregat 2-1 ke atas Celta Vigo. Pengurusnya, Jose Mourinho berkata walaupun mencatat kemenangan, Celta berjaya membuatkan United menderita hingga saat akhir. United turun pada separuh akhir kedua di Old Trafford, awal pagi Jumaat dengan mata 1-0 selepas menang di markas Celta

Zlatan Adakan Pertemuan Dengan Semua Pemain

Zlatan Ibrahimovic mengadakan pertemuan dengan semua pemain Manchester United bagi mendedahkan berita sedih skuad berkenaan. Ander Herrera memberitahu, dalam pertemuan berkenaan penyerang tersebut mendedahkan bahawa dia tidak dapat membantu United untuk sembilan bulan. Pertemuan itu juga dianggap penting kerana Ibrahimovic bakal menamatkan kontraknya pada akhir musim ini dan ini bermakna dia tidak lagi

EPL Raih Pendapatan RM20.2 Bilion

Pendapatan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) mencecah rekod baharu 3.6 bilion pound (RM20.2 bilion) pada musim 2015/2016. Bagaimanapun, pasukan liga utama masih mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak 110 juta pound (RM618.7 juta), menurut pakar kewangan sukan Deloitte. Rekod pendapatan itu meningkat sembilan peratus lebih tinggi berbanding musim sebelumnya 3.4 bilion pound (RM19.1

Pengadil Utama Masih Berkuasa – Subkhiddin

Pelaksanan sistem bantuan pengadil video (VAR) yang dijangka mula digunakan dalam Liga Malaysia pada tahun depan mengundang teka-teki tentang keputusan pengadil utama yang boleh dipengaruhi unsur-unsur luar. Namun Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh memberi jaminan bahawa kuasa pengadil utama perlawanan masih kekal sama. Tambah beliau, pelaksanaan

Top