Anda di sini!
Utama > Posts tagged "daily focus"

Marsha & Velvet Gabung Tenaga

KOTA KINABALU, Dua bekas bintang Akademi Fantasia (AF), Marsha Milan dan Velvet Aduk, akan bergabung tenaga menerusi album lagu tempatan Sabah, tahun depan. Marsha yang berasal dari Tamparuli, Sabah berkata, beliau dan Velvet sudah lama merancang untuk menghasilkan album sedemikian, namun baru kini perancangan itu mahu direalisasikan. Katanya, idea untuk melahirkan album

Dewan Belia Perak Lulus 7 Usul

IPOH, Persidangan Dewan Belia negeri Perak meluluskan tujuh usul termasuk membangunkan secara inklusif bidang agropelancongan serta perniagaan menerusi trak makanan setelah dibahaskan selama dua hari sejak semalam. Usul lain yang diluluskan adalah pemerkasaan penyertaan digital wanita ke arah pembangunan masyarakat digital yang cemerlang; memperkasa identiti belia Perak: kesedaran dan penghayatan terhadap

5 Maut, 16 Cedera Akibat Pengeboman Gereja

QUETTA, Sekurang-kurangnya lima maut, manakala lebih 16 cedera selepas dua pengebom nekad menyerang sebuah gereja di barat daya Pakistan, hari ini. Menteri Dalam Negeri wilayah Baluchistan, Sarfraz Bugti, berkata penyerang memakai baju berisi bahan letupan dan meletupkannya sebaik sahaja upacara sembahyang berakhir. "Pengebom nekad turut melepaskan tembakan ke arah penganut Kristian," kata

Pekebun Kecil Sawit Diwajib Miliki Sijil MSPO

TELUK INTAN, Lebih 650,000 pekebun kecil sawit di seluruh negara diwajibkan memiliki Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) menjelang tahun 2020 bagi membolehkan hasil komoditi mereka dieksport ke Jepun. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong, berkata ia kerana negara matahari terbit itu sudah menetapkan syarat hanya akan

Pelaksanaan VEP Perlukan Masa Untuk Seragam Peraturan

KLUANG, Pelaksanaan Sistem Permit Masuk Kenderaan (VEP) yang dijadualkan bermula Januari ini, ditangguhkan hingga perincian penyeragaman peraturan kemasukan kenderaan asing di semua pintu masuk negara dimuktamadkan. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata beberapa perincian dan semakan semula berhubung penyeragaman peraturan berkenaan perlu dilakukan sebelum ia mula dikuatkuasakan. Katanya, apabila dimuktamadkan,

TNB Duduki Tempat Ke-6 Terbaik Malaysia

KUALA LUMPUR, Tenaga Nasional Bhd (TNB) menduduki tempat keenam dalam senarai jenama terbaik di negara ini berdasarkan Malaysia Top 100 Brands 2017 yang dikeluarkan oleh Brand Finance Asia Pacific baru-baru ini. "Ini bermakna dua tahun berturut-turut TNB memperbaiki kedudukan dari tempat kelapan pada 2015 kepada ketujuh tahun lalu, dan sebagai jenama

Kabinet Tidak Dimaklum Sepenuhnya Pelaksanaan IMAMS

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan, Kabinet tidak dimaklumkan yang Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) dikendalikan syarikat swasta, dipilih bagi menangani unsur penipuan dalam tawaran pakej umrah. Timbalan Perdana Menteri itu berkata, sistem yang dibentangkan kepada Kabinet tidak menerangkan mengenai pelantikan syarikat tertentu atau akan dilaksanakan menerusi konsep penyumberan luar. Serentak

Tengku Amir Sertai Larian Menjunjung Kasih Jambatan Klang

KLANG, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menyertai Larian Menjunjung Kasih Jambatan Ketiga Klang 2017 bersama-sama kira-kira 5,000 peserta. Tengku Amir menyertai kategori larian 'Family Fun Run' sejauh lima kilometer (km). Peserta larian turut tidak melepaskan peluang beramah mesra dan berswafoto dengan Tengku Amir yang

Imigresen Kelantan Tahan Tekong Seludup PATI

KOTA BHARU, Jabatan Imigresen Kelantan menahan dua lelaki tempatan berusia 23 dan 37 tahun disyaki tekong yang terbabit dalam aktiviti menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan. Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata tangkapan tersebut dilakukan di Kampung Tersang, Jeram Perdah, Pasir Mas kira-kira pukul 11.30

Pelaksanaan IMAMS Dibatalkan

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mengumumkan pembatalan pelaksanaan sistem Pemantauan Manasik Bersepadu IMAMS. Menurut Ketua Setiusahanya, Datuk Rashidi Hasbullah, pembatalan itu selepas mengambil kira aduan orang ramai dan pihak berkaitan dengan industri. Semalam, Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan kesemua 65 agensi pelancongan berstatus muassasah di negara ini yang mempunyai Lesen

Top