Anda di sini!
Utama > Posts tagged "business"

Sasar 90% Pencarum Daftar i-Akaun

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkukuhkan usaha transformasi digitalnya dan menyasarkan sekurang-kurangnya 90 peratus pencarum berdaftar dengan i-Akaun menjelang 2021. Ketua Jabatan Rangkaian Perkhidmatan, Mohd Rodzi Abu Bakar, berkata setakat September 2017 sebanyak 34 peratus (4.5 juta) daripada 13 juta pencarum berdaftar dengan kemudahan dalam talian i-Akaun. "Pada tahun ini, KWSP menyemak

Khatijah Ibrahim Dan Ramli Sarip Bakal Bergabung Semula

Tiga dekad selepas lagu duet, Doa Buat Kekasih 'meledak' di corong radio, pasangan penyanyi, Datuk Khatijah Ibrahim dan Datuk Ramli Sarip akan meraikan ulang tahun lagu cinta itu dalam konsert istimewa. Khatijah memberitahu, dia sudah lama mengimpikan mahu meraikan ulang tahun lagu istimewa itu dengan Ramli dalam konsert. "Saya juga sedang mengusahakan

Emirates Tambah Empat Lagi Airbus A380

Syarikat penerbangan Emirates menambah empat lagi pesawat dua tingkat Airbus A380 dalam usaha menampung pertambahan penumpang. Pengurus Negara bagi Malaysia, Singapura dan Brunei, Andrew Bunn, berkata penambahan pesawat terbaharunya itu menjadikan jumlah keseluruhan pesawat A380 miliknya sebanyak 100 unit. Beliau berkata, Emirates juga telah membuat tempahan bagi lebih 43 buah pesawat Airbus

Ali Baba Sasar Pasaran Asia Tenggara

Platform membeli-belah dalam talian, Alibaba Group, bagi barangan China, Tmall World, menyasarkan Asia Tenggara yang mempunyai kira-kira 500 juta penduduk. Pengarah Tmall World, Elaine Hu berkata di Asia Tenggara, Malaysia mengalami pertumbuhan pesar dari segi pengguna baharu hasil daripada penawaran dan promosi produk yang baik selain faktor logistik. "Kami memberi tumpuan ke

Kolaborasi Air Asia Dan Naelofar Hijab

KUALA LUMPUR, Juruterbang wanita bertudung AirAsia dan AirAsia X kini mengenakan Hijab Naelofar berwarna putih bagi memenuhi keperluan harian mereka, hasil usaha sama syarikat penerbangan dan jenama hijab terkemuka, Naelofar Hijab. "Buat julung kalinya AirAsia bekerjasama dengan pereka hijab untuk menghasilkan hijab bagi juruterbang wanita kami yang bertudung. Kami kini merancang

1MDB, IPIC Setuju Penyelesaian Timbang Tara

KUALA LUMPUR,  1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pihak International Petroleum Investment Company (IPIC) telah mencapai persetujuan bagi penyelesaian membabitkan prosiding timbang tara di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London. "Penyelesaian itu antara lainnya adalah 1MDB akan membuat pembayaran tertentu kepada IPIC dan akan bertanggungjawab terhadap semua pembayaran  faedah akan datang dan pembayaran prinsipal

Neelofa Tersenarai Dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017

Pelakon Malaysia, Neelofa, merupakan antara 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017. Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 28, pengasas dan pengarah NH Prima International Sdn Bhd, tersenarai di bawah kategori Runcit dan E-dagang. Dia menjalankan beberapa perniagaan termasuk jenama pakaian wanita Muslimah, "Naelofar Hijab". Senarai Forbes 30 Under

MATRADE Gesa PKS Halal Manfaatkan Teknologi Bagi Tingkat Produktiviti

KUALA LUMPUR, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menggesa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menghasilkan produk halal untuk memanfaatkan teknologi bagi meningkatkan produktiviti serta kualiti. Ini akan membolehkan PKS, iaitu tulang belakang ekonomi negara, untuk menawarkan produk dengan teknologi terkini kepada dunia, kata Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Mohd Shahreen Zainooreen

Harga Minyak Dunia Ditutup Tinggi

Harga minyak meningkat untuk hari ketiga berturut-turut semalam dengan mencecah paras tertinggi dalam tempoh tiga minggu. Ia didorong oleh sokongan Kuwait untuk melanjutkan langkah pengurangan pengeluaran Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bagi mengurangkan lebihan bekalan global. Menteri Minyak Kuwait, Essam al-Marzouq, berkata negaranya antara beberapa negara yang menyokong lanjutan langkah OPEC dan

Lawatan Presiden Perancis Diharap Buka Lebih Peluang – Agong

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berharap lawatan negara Presiden Perancis Francois Hollande ke Malaysia dapat meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan di antara kedua-dua negara. Seri Paduka yakin Malaysia dan Perancis mampu meneroka lebih banyak peluang termasuk bidang ekonomi, pertahanan, kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan udara. "Beta ingin juga menzahirkan ucapan terima kasih

Top