Anda di sini!
Utama > Posts tagged "Azmin Ali"

Jawapan Kepada Soalan Azmin Dimanipulasi

Berikut adalah kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berhubung jawapannya kepada soalan tambahan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, mengenai bantuan Interpol mengesan kedudukan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low, di Dewan Rakyat hari ini. "Pejabat Timbalan Perdana Menteri menafikan secara tegas laporan yang dibuat oleh

Senarai Kementerian Berdasarkan Ranking Diumum Akhir November

PUTRAJAYA, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini di peringkat akhir memuktamadkan senarai ranking kementerian berdasarkan kedudukan isu rasuah dan salah guna kuasa untuk diumumkan selewat-lewatnya akhir November. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil berkata pada masa ini, senarai berkenaan sedang menunggu untuk dikemukakan kepada Ketua Pesuruhjayanya SPRM

Khalid Sedia Berkempen Untuk PAS

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menyatakan sokongannya terhadap PAS, sekali gus menolak dakwaan beliau akan menyertai mana-mana parti politik. Abdul Khalid berkata, beliau bersedia untuk berkempen bagi pihak PAS walaupun tidak akan kembali dalam dunia politik secara langsung. Pada masa sama, wakil rakyat bebas itu berkata,

Wanita Umno Yakin Tawan Selangor

Wanita Umno menaruh keyakinan BN mempunyai peluang besar merampas kembali Selangor pada PRU-14. Ketuanya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, prestasi perkhidmatan yang ditunjukkan pemimpin BN jauh lebih baik berbanding apa yang ditunjukkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (Harapan) di negeri ini. Malah, katanya, bancian sikap yang dilaksanakan wanita Umno Selangor sejak lebih

Pembangkang Tutup Pintu Rundingan Dengan PAS

Ketika PKR masih berharap untuk bekerjasama dengan PAS, pimpinan parti sekutunya dalam gabungan pembangkang tegas berpegang kepada keputusan Majlis Presiden pakatan itu untuk menutup pintu rundingan. Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata mereka berpegang kepada keputusan Majlis Presiden pakatan itu pada 29 Ogos lalu yang

Peranan PKR Diperkecilkan Di Terengganu?

Oleh : Zabidi Saidi Setelah PAS keluar dari Pakatan Rakyat, sepatutnya PKR yang menguasai Pakatan Harapan di Terengganu. Sebaliknya PPBM diberi 15 kerusi manakala PKR lapan kerusi AMANAH tujuh  kerusi dan DAP dua kerusi dalam PRU 14 yang ditularkan dalam group whatsapp hari ini. PKR yang lebih lama bertapak di Terengganu sejak

PAS Tetap Kuat Tanpa Pakatan Pembangkang

PAS tidak akan lemah kerana krisis parti atau kerana tidak lagi bersama parti pembangkang lain yang membentuk Pakatan Harapan, kata Bendahari UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. Beliau berkata walaupun PAS ada jatuh bangunnya, anggota parti itu tetap setia dengan parti dan jentera akar umbinya juga tetap kuat. "Seperti sekarang, apabila

PAS Mahu PKR Tarik Balik Tuduhan

PKR perlu menarik semua tuduhan yang dibuat pimpinan parti itu kepada PAS sebelum mahu berunding semula dengan mereka. Pengarah Institut Strategi PAS Pusat (ISP), Mohd Khairuddin Aman Razali, mempersoalkan mengapa PKR mahu berunding semula selepas menyerang PAS dan Presiden parti itu. Katanya, perkara itu menimbulkan banyak tanda tanya. "Setakat ini, tidak ada sebarang perbincangan dengan PKR. PAS kekal

PAS Selangor Mahu 42 Kerusi Termasuk Kawasan Azmin

PAS Selangor mengintai sekurang-kurangnya 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu termasuk di kawasan diwakili Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali dan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail. Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi, berkata PAS Selangor juga bersedia untuk menghadapi pertandingan tiga penjuru pada Pilihanraya Umum ke-14

Masa Depan Exco PAS Akan Dibincang

Biro Politik PKR akan membincangkan nasib tiga exco PAS pada mesyuarat yang akan datang, kata Datuk Seri Azmin Ali. Menteri Besar Selangor itu bagaimanapun tidak memberitahu bila mesyuarat itu akan diadakan. Tiga exco PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib diminta melepaskan jawatan

Top