Anda di sini!
Utama > Posts tagged "arab saudi"

Arab Saudi Haramkan Saluran Al-Jazeera Di Hotel

Arab Saudi mengharamkan saluran berita, Al-Jazeera dikeudarakan di hotel-hotel dan fasiliti pelancongan di seluruh negara. Mereka yang didapati melanggar arahan tersebut oleh didenda sehingga AS$26,000 (RM110,825) dan perniagaan mereka ditutup. Menurut laporan Al-Jazeera, Suruhanjaya Perlancongan dan Warisan Nasional Arab Saudi mengeluarkan arahan tersebut pada Jumaat. Kenyataan berkenaan menyebut 'semua saluran dari Al-Jazeera Media

Separuh Rakyat Yaman Kelaparan

Agensi Makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran lebih separuh penduduk Yaman berada di ambang kebuluran selepas negara Arab terus menjadi mangsa serangan udara tanpa henti. Dalam satu laporan diterbitkan kelmarin, Program Makanan Sedunia memberitahu (WFP), 60 peratus atau 17 juta rakyat negara itu kini berdepan krisis atau keadaan makanan kecemasan. "Jika

Jam Tangan Mewah Antara Hadiah Pemberian Raja Salman Kepada Indonesia

Pedang lengkung, jam tangan Rolex, pen mata bulat emas dan cincin berlian, merupakan antara hadiah yang diberikan kepada wakil Indonesia oleh rakan sejawatnya semasa kunjungan Raja Salman Abdulaziz Al Saud, baru-baru ini. Senarai hadiah itu diisytiharkan oleh pegawai kerajaan, yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonesia (KPK) pada Khamis. Jurucakap KPK, Febri Diansyah yang

Malaysia Tidak Terlibat Serang Rakyat Yemen

Malaysia tidak pernah terlibat atau bersekongkol dengan mana-mana operasi, negara atau angkatan bersekutu untuk menyerang Yemen, kata Kementerian Pertahanan. Ia berkata tujuan utama atau 'sole purpose' Angkatan Tentera Malaysia berada di Arab Saudi adalah untuk bersiap sedia membantu dalam misi evakuasi baki rakyat Malaysia yang masih berada di Yemen. Perkara ini terkandung

Najib Sambut Baik Komitmen Arab Saudi Tambah Biasiswa Pelajar Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia menyambut baik komitmen kerajaan Arab Saudi untuk meningkatkan jumlah pemberian biasiswa penuh bagi pelajar Malaysia melanjutkan pengajian di negara itu tahun depan. Najib berkata, peruntukan tambahan daripada Arab Saudi itu akan melengkapi dan menambah kepada jumlah pembiayaan RM4.3 bilion di bawah Bajet

Saudi Tambah Biasiswa Kepada Pelajar Malaysia

Kerajaan Arab Saudi akan meningkatkan jumlah pemberian biasiswa penuh bagi pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian di negara itu tahun depan. Ketua Perwakilan Kebudayaan di Kedutaan Diraja Arab Saudi di sini, Dr Zayed Al-Harirthi berkata, buat masa ini, lebih 100 pelajar Malaysia sedang menuntut di negara itu. Menurutnya, keputusan menambah jumlah biasiswa adalah

Program Haji 1MDB Akan Diteruskan

Program Khas Haji Perdana Menteri di bawah Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak terjejas dan akan diteruskan, meskipun dipersoal sama ada mabrur atau tidak oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah berkata, perkara itu terbukti apabila jawatankuasa khas haji telah bersetuju menghantar

Malaysia Kutuk Serangan Terhadap Arab Saudi

Malaysia, yang mengutuk serangan peluru berpandu ke atas Arab Saudi, telah menyatakan harapan agar pelaku terbabit dibawa ke muka pengadilan. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, dalam kenyataan malam ini, berkata serangan itu secara terus terang melanggar kedaulatan kerajaan Arab Saudi dan merupakan satu ancaman terhadap keamanan dan keselamatan serantau serta

Putera Arab Saudi Dihukum Mati Kerana Membunuh

Seorang putera Arab Saudi dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh seorang lelaki dalam kejadian tiga tahun lalu, menurut Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi. Mahkamah Saudi menjatuhkan hukuman mati ke atas Putera Turki Saud al-Kabir kerana menembak mati seorang warga Arab, Adel bin Suleiman bin Abdul Karim Mohaimeed dalam pergaduhan berkumpulan

Ikuti Kursus Persediaan Sebelum Lanjut Pengajian Di Asia Barat – TPM

Pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian di universiti-universiti di Asia Barat perlu mengikuti kursus persediaan di tanah air, sebagai langkah memberi tumpuan kepada kemahiran menguasai Bahasa Arab. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kumpulan pelajar berkenaan akan mengikuti kursus itu di institusi-institusi yang akan ditetapkan kelak sebelum

Top