Anda di sini!
Utama > Posts tagged "america"

Perwakilan Asing Puji Pendirian Tegas Najib

KUALA LUMPUR, Perwakilan asing yang menghadiri majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2017 hari ini memuji pendirian tegas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menentang tindakan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel. Ketua Hal Ehwal Politik Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia Abdullah Waleed berkata beliau amat menghargai pendirian Najib

Trump Mungkin Tutup Kedutaan Di Havana

Pentadbiran Presiden Donald Trump sedang menimbang kemungkinan menutup Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) di Havana, Cuba susulan serangan sonik yang penuh misteri hingga mengakibatkan beberapa petugas mengalami kecederaan otak dan kehilangan pendengaran. Setiausaha Negara Rex Tillerson berkata, sekurang-kurangnya 16 petugas cedera dalam siri serangan yang bermula sejak tahun lalu. Jabatan Negara dalam

Hubungan Moscow, Washington Makin Tegang

Presiden Russia, Vladimir Putin mendakwa berhak mengurangkan kakitangan diplomatik Amerika Syarikat (AS) di Moscow, susulan layanan buruk Washington terhadap anggota diplomatiknya di negara itu. Malah, Putin akan mengarahkan Kementerian Luar negaranya mengambil tindakan undang-undang atas tindakan Washington yang melanggar hak Russia. "Langkah mengurangkan kemudahan diplomatik kami adalah hak mereka. "Masalahnya sekarang, ia dilakukan

Petugas Kedutaan Amerika Alami Penyakit “Misteri “

Sekurang-kurangnya 16 kakitangan kedutaan Amerika Syarikat (AS) yang bertugas di Cuba mengalami kecederaan atau masalah fizikal berpunca daripada beberapa insiden 'misteri'. Jurucakap Jabatan Negara, Heather Nauert, berkata mereka diberi rawatan di Amerika Syarikat dan Cuba. "Ada juga yang mengalami masalah ini memilih untuk kekal di Cuba," katanya. Minggu ini, CBS melaporkan warga Amerika

Tindakan DoJ Bermotif Politik

KOTA BHARU, Tindakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat mengemukakan saman sivil terbaharu untuk merampas tambahan aset AS$540 juta yang didakwa diperoleh dengan dana yang diselewengkan dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah bersifat politik. Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata ia berikutan DoJ tidak pernah membuat sebarang permohonan rasmi kepada

PBB Timbang Sekatan Baharu Terhadap Korea Utara

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berpendapat terdapat "kemungkinan besar" untuk mengenakan sekatan baharu ke atas Korea Utara sebagai tindak balas terhadap tindakan negara itu melancarkan peluru berpandu, kata Presiden majlis Elbio Rosselli, lapor agensi berita China Xinhua. Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan tertutup bersama 15 anggota Majlis Keselamatan berhubung

China Boleh Mainkan Peranan Kendur Ketegangan Di Semenanjung Korea

China boleh memainkan peranan yang lebih besar dalam megendurkan ketegangan yang sedang memuncak di Semenanjung Korea, yang menjadi tumpuan besar di wilayah ini sekarang, kata Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata Asean perlu mencari jalan dan cara untuk mengurangkan ketegangan yang kegusaran awam atau nuklear bukanlah merupakan suatu

Kritik Tindakan Tentera US Keatas Syria

Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Federica Mogherini menolak tindakan ketenteraan sebagai jalan penyelesaian terhadap krisis di Syria, susulan insiden serangan peluru berpandu Tomahawk yang dilancarkan Amerika Syarikat (AS), awal pagi Jumaat lalu hingga meningkatkan ketegangan di Timur Tengah. "Berhubung isu ini, EU sangat tegas dan jelas bahawa kami menolak pilihan

Hubungan AS-China Berubah Nada

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tidak menghamburkan sebarang komen lantang anti-China, sebaliknya memuji hubungan 'cemerlang' dengan rakan sejawatannya, Xi Jinping. "Kita mencapai kemajuan besar dalam hubungan dengan China, " kata Trump ketika ucapan penutup pada mesyuarat pertama dua pemimpin negara itu di pusat peranginan Mar-a-Lago, Florida. Nada mesra itu jauh berbeza

Top