Anda di sini!
Utama > Posts tagged "Ahmad Razif"

Bajet 2018 Terperinci & Realistik

KUALA TERENGGANU, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyifatkan Bajet 2018 adalah bajet yang sangat terperinci, realistik dan bertanggungjawab. Beliau berkata, kerajaan negeri sangat gembira kerana penyediaan Bajet 2018 sangat terperinci dan menyeluruh, terutama memberi manfaat kepada golongan B40, berdasarkan lapan pe-tunjang yang digariskan. "Kita berterima kasih kepada Perdana Menteri

Penduduk Setinggan Syukur Terima Bantuan Kerajaan Terengganu

KUALA NERUS, Seorang nenek tidak menyangka impiannya untuk memiliki rumah sendiri akan tercapai setelah lebih 50 tahun tinggal di atas tanah milik kerajaan. Zainah Ali, 77, berkata paling menggembirakan hatinya apabila diberitahu rumah itu nanti bukanlah rumah pangsa kerana dia sangat takut dengan ketinggian. "Tok tak mboh (tak mahu) duduk rumah tinggi

Ahmad Razif Seru Pelbagai Pihak Ganding Bahu Bantu Mangsa Ribut

MARANG, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyarankan pelbagai pihak untuk turut sama membantu bergotong-royong membaiki rumah lebih 400 mangsa yang rosak akibat bencana ribut semalam. Beliau yang membuat tinjauan di beberapa kawasan terbabit berkata gotong-royong mampu mempercepatkan proses pembaikan rumah dan ia boleh membentuk jati diri untuk membantu mereka yang

Program Cakna Rakyat Akan Diperluas

KUALA TERENGGANU, Program Cakna Rakyat yang dimulakan di daerah Kuala Terengganu hari ini akan diperluaskan ke setiap daerah dengan mengikut giliran. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata beliau akan turun padang ke setiap daerah pada setiap hari Isnin sekiranya berada di dalam negeri. "Penganjuran program itu dibuat mengikut konsep

TTI Perlu Peruntukan Selenggara 14 Monumen

KUALA TERENGGANU, Pihak pengurusan Taman Tamadun Islam (TTI) berharap sejumlah peruntukan akan disalurkan oleh kerajaan negeri menerusi Bajet 2018 bagi membolehkannya menyelenggara dan membaik pulih 14 monumen di taman itu tahun depan. Pengurus Kanan Perundingan dan Inovasi TTI Management Sdn Bhd Khalizan Mahmud berkata setakat ini pihaknya membelanjakan RM700,000 untuk menyelenggara

Ahmad Razif Dan Mohamad Fuzi Lawat Waris Di HKL

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini meluangkan masa melawat waris mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini. Ahmad Razif dan Mohamad Fuzi dilihat hadir di Unit Forensik HKL kira-kira jam

Atlet Terengganu Bakal Terima Insentif

Atlet Terengganu yang mempamer aksi cemerlang pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) akan menerima insentif khas daripada kerajaan negeri. Bagaimanapun, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata jumlah dan bentuk insentif akan diputuskan dalam mesyuarat EXCO minggu depan. Beliau berkata, sepanjang KL2017, atlet Terengganu memungut 38 emas diketuai

Terengganu Wujudkan Konsortium Anak Syarikat

PERMAISURI, Kerajaan negeri akan mewujudkan konsortium menggabungkan beberapa anak syarikatnya, sebagai langkah menjimatkan kos pengurusan dan meningkatkan kecekapan. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata kerajaan negeri akan menstruktur semula beberapa anak syarikat dalam sektor perladangan, perhotelan dan penjagaan kesihatan. Beliau berkata, Kumpulan TDM Berhad; Golden Pharos Berhad (Golden Pharos)

EPIC Berhad Ceburi Bidang Industri Tenaga Baharu

CHUKAI, EPIC Berhad sebuah anak syarikat milik kerajaan Terengganu mencatat sejarah kerana mengadakan dua majlis serentak semalam di sebuah hotel terkemuka di sini. Pada mulanya Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman melancarkan Syarikat Eastern Pacific GD Solar Sdn Bhd, iaitu salah satu anak syarikat baharu EPIC, yang membangunkan projek

Kerajaan Negeri Setuju Lanjut Tempoh Pajakan

Kerajaan negeri bersetuju untuk melanjutkan tempoh pajakan tanah untuk projek perumahan dan bangunan perniagaan kepada 99 tahun. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata lanjutan tempoh pajakan tanah dari 30 tahun kepada 99 tahun itu diluluskan bagi membolehkan pemohon mendapatkan kelulusan pinjaman untuk mendirikan kediaman dan bangunan perniagaan. Katanya, kebanyakan

Top