Kerajaan akan menubuhkan Tabung Usahawan Belia dengan peruntukan dana RM500 juta bagi membantu golongan itu memajukan diri dalam bidang keusahawanan.

Tabung itu akan dikendalikan Kementerian Belia dan Sukan, katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Belia Negara 2016 di Universiti Putra Malaysia di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, timbalannya Datuk M. Saravanan dan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Muam’mar Ghadafi Jamal.

Ahmad Zahid berkata penubuhan tabung itu dapat menyelaraskan pelbagai tabung berkaitan pembangunan dan keusahawanan belia yang dikendalikan beberapa agensi sebelum ini.

“…pemerkasaan ini diberi kepada Kementerian Belia dan Sukan, mereka adalah payung kepada belia seluruh Malaysia,” katanya.

Beliau berkata dengan adanya peruntukan itu, kerajaan berharap ia dapat menaikkan semangat para belia dan persatuan belia untuk terus berkembang maju.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata sebagai pemimpin masa depan, golongan belia perlu diberi lebih banyak peluang dalam pelbagai bidang termasuk politik.

“Kekuatan belia bukan sahaja diukur kepada semangat yang mereka ada pada hari ini, tapi apa yang lebih penting, ia perlu diterjemahkan dalam bentuk kerja kuat serta kerjasama tanpa mengira latar belakang mereka,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *